Sunday, 7 December 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Aidiladha disambut sempena memperingati peristiwa nabi Allah Ibrahim a.s yang sanggup mengorbankan putera kesayangannya Ismail demi kecintaannya pada Al-Khaliq,Yang Maha Pencipta.Begitu juga Siti Hajar sebagai ibu Ismail,meredhai anaknya itu disembelih.
Apabila syaitan datang kepada Siti Hajar untuk menggodanya,supaya menghalang usaha Nabi Ibrahim,ini jawapannya


"Nabi itu tidak pernah diperintah untuk sesuatu yang batil dan saya sendiri bersedia untuk menebus perintah itu dengan jiwa sendiri, betapa pula jika hanya dengan jiwa anakku"


Dan apabila Nabi Ibrahim memberitahu Nabi Ismail yang dia diperintahkan oleh Allah untuk menyembelihnya,Nabi Ismail menjawab
"Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. Insya-Allah ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar, iaitu terhadap apa yang diperintahkan kepada ayah untuk menyembelih aku".


Hebat bukan?
Seluruh keluarga yang taat dan patuh pada Allah.Suami yang patuh pada Allah.Isteri yang mentaati suami dan anak yang soleh.Hebatnya Nabi Ibrahim walau perlu meletakkan pisau di leher anak yang selama ini kelahirannya dinanti tapi baginda tetap sanggup melakukannya tanpa ragu. Mengorbankan perasaan kasih sayang seorang bapa demi taat dan patuhnya pada suruhan Allah.Allah sekadar mahu menguji.Kemudian Allah gantikan Ismail dengan kibas.
Itu ujian besar dari Allah untuk Nabi Ibrahim dan baginda telah pun melepasinya.

Tapi kita pula bagaimana?
Sejauh mana cinta kita pada Allah?Sedang kita kadang-kala tidak sanggup pun mengorbankan tidur kita untuk bangun bersolat subuh.Tidak sanggup mengorbankan cerita di TV atau game untuk beribadah padanya.Tidak sanggup pun mengorbankan wang ringgit untuk bersedekah dijalanNya dan selalunya takut untuk mengorbankan masa berada di majlis ilmu untuk mengingati-Nya.Dan terlalu banyak perkara dunia yang lain yang tidak mungkin untuk kita korbankan demi-Nya.
Lantas apa bukti kita cintakan Dia,Al-Khaliq,Al-Razq....Yang Maha Pencipta,Yang Maha Memberi Rezki?

Mari semua,kita muhasabah diri.
Kenang kembali asal usul kita.Kenang kembali apa yang telah kita lakukan,sejak kita mula mengenal dunia,sebelum datangnya ajal kita,sebelum datangnya hari di mana semua amalan kita dipertontonkan pada seluruh umat manusia.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Mari kita sama bertakbir membesarkan-Nya.

Takbir Raya - Hijjaz, In-Team & Unic

No comments: