Wednesday 22 April 2009

clap2

Sejak aku balik ni,
beberapa kali aku kecewa dgn servis kat malaysia ni,
dengan kebiadapan penjaga kaunter Air Asia di LCCT,
dengan ke'slow'an kaunter ticket MAS,KLIA,
dengan bas yang tatau kol berapa akan sampai..

semalam,

aku ke Muamalat Bank,KB..
nak bukak account utk pembayaran gaji nnt,
sampai2,
ke pintu bank..
disambut senyuman manis dan salam dari pakcik guard.
melihat kepeningan aku mengisi borang,
pakcik guard yang baik tu datang,
dan tunjukkan ape yang patut aku isi..
clap2,

pastu orang2 kaunter pun mesra rakyat belaka..clap2 lagi skali..

cayalah org KB..teruskan2..hehe


p/s:alangkah indahnya kalau sume bas2 kat Msia leh punctual cm kt nihon sane...

Monday 20 April 2009

terime je la hakikat

Terima je lah hakikat yang ko dah abes study,
dah balik msia utk slame2nye,
da tak leh main cam dulu,
da kena pk matang sket,
pk jauh kedepan,
dah jadi otona!
dan terimelah hakikat,
masa yang dah berlalu tu takkan berulang balik pun.

yes,im trying!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
ade kawan aku cakap,
bila blk nnt byk benda tertggl kena catch up blk,
aku masa tu ,iyekan aje..sbb aku x brape paham sbenanye..
hahaha...

skang ni baru aku paham,
6thn aku dok nihon,
walopon aku blk hampir stp tahun,
tp byk benda yang aku ketinggalan,
sbb memori dlm kepala aku semua memori 6 thn lepas,

huhu..ketinggalan zaman.

aku hari tu,
g jaga anak buah aku ,tp aku pggl derg sume nama cuzin aku,
sbb aku pernah jd baby sitter cuzin aku b4 aku fly dulu...

pastu
aritu aku g KL sentral ,nak nek LRT g umah pakcik aku..
penatlah aku naik turun tangga kt KL sentral tu,
cari putra LRT,takde..yang ade cuma RAPID KL..

hampir aku tepon kawan aku,
sib die tak angkt,
skali aku tgk RAPID KL nye line adelah sama ngn putra LRT,
rupernye dah tukar nama..
haha..
tu satu lah,
pastu aku nak ke Terminal Putra,
aku tgk dlm tren tu,
terminal putra nye stop diorang potong,
dan gantikan dengan Gombak..
mule2 tu aku tatau la mende tu same,
tp da menggelabah sorg2 tu,
aku tny la sorg akak kat situ,
sib die jawab ngn bek ..
Terminal Putra=Gombak..
naruhodou...
hahaha..

dalam n3 sblm ni aku cakap trase 'bodoh'
sbb tu lah,
byk sgt benda yang tatau,
kalau ms dok nihon,
aku berani cakap,
campak la kat mane2,
aku insyaAllah reti blk sendri,

kalo kat sini..
letak aku area KL tu pun,
aku dah tak confident ,
menggelabah!
haha..

lemah2!
________________________________________________________\\
dan sedikit peringatan,

utk org dok nihon tu,
kang nak lik,
nak kena pindah2 tu,
alert2 la dengan hari buang sampah sarap tu,
kemas siang2 sblm menggelabah di blakang hari,
alert2 juga dengan hari nak kaiyaku gas,letrik etc..
ade yang x leh call ari cuti,
abeh menyusahkan org..
kan kanak2 kan..(utk org2 yang telah berjaya aku susahkan)




p/s:timekasih n73 kerana berjaya menyambungkn aku dgn intenet...i lap u..huhu

Friday 17 April 2009

gtg

trase 'bodoh' di negara sendri,
haha

nape la agaknye


mencuri2 intenet cuzin ku
gtg

Wednesday 1 April 2009

buat adik2

tak sangka after 6th years kat negara orang,
akhirnya aku kembali juga ke tanah air.
banyak pahit manis sepanjang disana,
terlalu banyak kenangan sehingga aku rasa tak sanggup untuk meninggalkan bumi sakura.
tapi,
aku ada banyak perkara yang aku perlu utamakan,
aku ada keluarga disini,
yang perlu aku utamakan,
dari kehendak aku untuk selamanya di sana..
mungkin sukar untuk aku menulis lagi di sini buat masa sekarang,

entri ini aku titipkan buat adik2 aku di bumi sakura,

terutama sikin ,liza,jihan yang menceriakan waktu2 aku di Fukui dan tak lupa juga Huda yang sama menjadi tulang belakang aku di hari2 akhir aku di sana,
{nak tau satu rahsie?kite nanges gila2 masa dalam flight masa kat az tgh tido kat sblh..sume sbb korang..aishhhhh}

dan juga yang lain2(ahoq,quyyum,ucop,kohai kosen,dak2 ichinen ,zoro,atan,amie dan sume2 lah ramai sangat nk sebut nama)terima kasih atas semua pertolongann korang..TERIMA KASIH SANGAT2....

buat adin dan nur yang bersusah payah datang dari jauh pastu kena buli masak utk rakyat Fukui lak tu,terima kasih....

dan maafkan andai diri ini ada melukakan hati sesiapa....
semoga kejayan sentiasa menjadi milik korang semua...
gambatte kudasai
take care^^
ameen...

p/s:banyak benda yang nak aku cerita..tapi x cukup masa....aaa tenseeennn=(