Sunday 28 December 2008

The Last WG..

Baru saja pulang dari Winter Gathering IPIJ,2008 di Tateyama.
Masih keletihan.Mungkin disebabkan sedu sedan di akhir program tadi?
Walaupun aku hanya hadir 1 hari setengah sahaja untuk program WG dan selebih nya PAI,
tapi amat memuaskan.
Pendek kata...BEST!..banyak yang aku hendak kongsikan...tapi nantilah..
Sekarang aku tiada mood untuk bercerita panjang.Cuma apa yang aku rasa sekarang:
1.Syukur kerana sekali lagi dipilih olehNYA untuk ke majlis ilmu ini.
2.Seronok bermain salji tebal.
3.Rindu.Rindukan teman-teman chef,Kak Bob dan Ajimah.Terkenang WG07.
4.Sedih.Sebab ini mungkin yang terakhir.
5.Kehilangan...(??)

Wednesday 24 December 2008

Home alone..

sendiri di sini,
sangat busan,
sangat kenyang,
tak mengantuk..
buat kerja ken9?
oh,mungkin tidak...
lantas????

mencari,berfikir,berangan..dan pastinya ttp di sini...

意味不明のエントリ。。 

Tuesday 23 December 2008

Kita

Kita selalu rasa kita tahu,
tapi sebenarnya tidak..
Kita rasa kita betul,
tapi belum tentu,
kita selalu rasa kita faham,
tapi tak pun,
kita selalu mahu difahami,
tapi kita tak cuba memahami,
Kadang kita mahu membantu,
tapi kita tak ada kudrat,
kita selalu cuba berlagak pandai,
sampai lupa banyak lagi yang kena belajar,
Kita selalu berharap itu ini,
tapi kita lupa untuk memberi,

Kadang kita rasa lemah,
Kadang kita rasa rendah,
Kadang kita rasa susah,

Sebab kita lupa untuk pandang ke bawah,
tengok orang mengemis,
tengok orang cari makan di tong sampah,
tengok orang yang makan rumput sebab lapar,
dugaan kita apalah sangat,

kita cuba jadi kuat..........
tapi kita cepat putus asa,
kita cepat rasa penat,
kita cepat mengeluh,
kita ingat kita dah buat semua yang boleh,
padahal tak pun,

kita.....percayalah..
kita kuat,
kita memang/mesti/perlu kuat,
banyak lagi benda di hadapan yang kita kena tempuh,
mungkin nanti kita akan rasa,
ah..dugaan dulu tu apalah sangat...

Kita..
Kita tau tak..
kita istimewa,
paling istimewa...
Allah jadikan setiap orang itu ada kelebihan,
ada keistimewaan tersendiri,

Kita mesti mencari apa yang teristimewa dalam diri kita....

Kita
...No1 にならなくてもいい、もともと特別な only one...だから

Sunday 21 December 2008

20 Dec

Hari ni 1st time in my life aku dapat christmas present.(boleh ke terima kalau tetiba orang kasi kite ye?)
Nak tengok christmas present yang aku dapat?


Nampak tak tin kuning dua tuh?Tak payah dapat lagi baik.Huhu.
Rasa berdosa je tau terima hadiah tu.Tapi masa dapat tu manalah aku tahu apa isi dia.Sorang student bagi,aku terima je lah.Masa on the way balik,aku campak tin-tin tu dalam tong sampah.Pegang tin tu dah rasa macam pegang b***.Goli den.Apalah Jepun ni.Suke sangatlah arak2 ni.

Dan malam tadi aku dapat good news dari Msia,
The good news was....

Kelahiran anak sedara aku yang ketiga.Abdullah Faheem?Abdullah Faqih? ..nama tak tetap lagi sebab adik beradik aku kat umah sebok dengan pilihanraya nak tetap nama apa.Tapi aku vote Faqih.Aku pun tatau bila SPR ni nak kira undi.Aku rasa last2,mesti pakai kuasa veto iaitu,Abg ipar aku.Hehe.
Selamat datang ke dunia cayang CikNda.Semoga menjadi anak soleh,kebanggaan ibu dan ayah.Ameen.

Owh,
Dan aku juga nak mengucapkan
Selamat Hari Lahir pada
sahabat aku yang tercinta,
yang mungkin dah tak suka aku tu,
dengan ucapan.
Semoga segala urusan dipermudahkan,
Semoga bertemu damai yang dicari,
Semoga bertemu jaya yang dicita,
Semoga panjang umur,
murah rezeki,
dan
walaupun di mana jua anda berada,
semoga sentiasa dalam lindung dan rahmat dariNya.
HAPPY BIRTHDAY AJIMAH-CHAN!!

Thursday 18 December 2008

Huh!

Panas betul aku tadi.
Bila budak kecik tak reti2 nak hormat orang tua.
Adanya ditengkingnya aku ni.
Berdesing telinga aku.Terasa nak aja naik tangan.
Haish,susah betul bila terpaksa guna bahasa orang.
Terlupa belajar camane nak marah dalam bahasa orang ni.
Dedua bahasa orang lak tuh.

Aku suka keje aku ni.Tapi kelas tadi je aku rasa kelas yang aku selalu doa,
janganlah derang datang setiap kali sebelum kelas mula dan setiap kali habis kelas,
aku mesti rasa sangat penat.Penat lawan marah,penat nak suruh derang dgr apa yang aku nak cakap.

Umur baru 10 thn,tak reti ke nak beradab dgn orang yang tua nih?
(atau aku mungkin awet muda,nampak cam sebaya dia?mungkin kot..huhu)

Salah aku lah...
Salah sebab tak tegas.
Salah sebab tak reti nak marah.
Salah sebab aku tak kreatif nak attract attention derg.

Tapi babe,
dah 7 thn belajar,ABC tak pass..salah cikgu yang ajar ke tu??
(cuba menegakkan benang yang basah...)

Wednesday 17 December 2008

yabai ke?

Makin lama aku rasa makin teruk BM aku.
Eh,kalau kan,kita selalu sangat ckp tersasul,
Sampai setiap ayat yang kita cakap tu tersasul,
pastu,kalau nak ambik barang kat umah sebelah,
empat kali pergi baru berjaya ambik barang tu,
sebab tiap-tiap kali pergi,nak ambik benda lain pastu ambik benda lain..
pastukan,selalu sangat lupa nama satu-satu benda.
Contohnye,nak sebut terung.Tapi sebut purple.
Nak cakap asam jawa tapi cakap kelapa sawit.
sib baik nama orang tak lupe lagi.
orang macam tu ada mental prob ke ek?
..haishh na'uzubillah.Harap-harap takdelah.

Meh aku ajar korang beberapa perkataan baru:
Keras+beku=keru
Kak Miza+card reader=kakmizer
Kak Miza+Mozzarella pizza=kakmoza

opss...nanti ngamuk pula kak miza ngn aku nih...

Tuesday 16 December 2008

Apples,tomatoes and a little girl.



Once upon a time,in a faraway land,there was one big family living in a small house in a village named The Cow Bridge,Golden Sand.The father was a farmer and his wife was a housewife.They had 5 kids(2 boys and 3 girls).They were not rich,but they were living happily.

One day,the 3 girls played together,the elder sister and the middle one,gave a red fruit to the little one.They said kindly,
"This is an apple,for you".

The little girl didn't know what was apple look liked.She only heard the name.Their parents never bought apple for them because it was very expensive.

"Apple is very expensive,it must be delicious"thought the little girl.

She was very happy.
She took the apple and ate it greedily.After that day,the little girl became to like apples very much.Everytime she saw the same kind of fruits,in the kitchen or anywhere in their house,she would eat it as much as she could.

But,one day she saw her mom was looking for something in the kitchen.She came to her mom.

"Mummy,what are you looking for?"

"I'm looking for the tomatoes that I just put on the table ,I want to cook them."said the mum.

"Tomato?Do you mean the red fruit?"
she asked back.

"Yeah,why?"
"Did you see them anywhere?I must be misplaced it somewhere."said the mum.

"Err,no"she said as she wanted to cry.

She left the kitchen immediately looking for her sisters.

"Cess.Hampagasss punya kakak!!"she said angrily.

From that day on,she stopped liking apples which actually tomatoes.

As time passed by,she grown bigger.She knew that the real tomatoes were not guilty.She tried to eat them again.
And tomatoes which 'were her apples' are still the best for her.

End.

Tapi apa kaitan cerita busan ni dengan aku?hhuuhu

**Please ignore the grammatical errors.This story is based on a true story which some added parts and effects.Perasaan seperti menulis karangan English masa form one.Nampak sgt level tak berubah-ubah...Haha**

Monday 15 December 2008

Apa nak jadilah!

"CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam.

Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas...."


lanjut klik sini

Istighfar panjang aku baca paper tengah hari tadi.Nak menangis pun ada.Kesiaan sangat.Apalah salah dia?Dah la comel.Masa nak wat tak tahu malu,bila dah dapat anak tau pula malu.Malu dengan manusia,sampai kat mana sangat la.Esok-esok,Allah tayang juga semua benda yang kita buat kat dunia ni.Tak boleh nak sorok-sorok dah.
Owh aku marah ni.
(astaghfirullah)

Aku doakan mereka ni insaf.Selagi ada masa untuk bertaubat pohonlah ampun dengan Allah.Sesungguhnya,Allah itu Maha Pengampun lagi Maha penyayang.

Tapi kita yang insyaAllah,tak ada nak buat dosa besar ni,belum tentu pun boleh masuk syurga.Kalau dosa-dosa kecik dok kumpul wat saham,samalah juga nanti.Bak ceramah yang pernah aku dengar,tak ramai orang terjatuh sebab langgar dinding ke,langgar tiang ke sebab menda tu besar.Orang senang nampak.Tapi ramai orang ni jatuh sebab tak nampak benda kecik.Terpijak kulit pisang ke kan.(ni aku tambah la ni)

Jadi berdoalah kita selalu kepada Allah.Jangan sekali-sekali kita putus asa dalam berdoa.
Walaupun kadang-kadang kita rasa malu,bila susah,baru kita ingat Allah.Tahulah bahawasanya itu fitrah setiap insan.Roh kita ni,sebelum ditiupkan dalam jasad dah berbai'ah yang Allah itu tuhan kita,jadi bila kita susah,bila kita tiada tempat mengadu,kita akan kembali kepada Dia,kepada asal kita.Teruskanlah berdoa.Sebab doa itu senjata orang mukmin.
"Berdoa'lah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa' permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa' kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina".
-Surah Al-Mu'min ayat 60-


Istighfarlah kita selalu.Moga dosa-dosa kita diampun.

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

Saturday 13 December 2008

Mari Menabung!!

Masa aku kecik-kecik,
aku ada tabung,bentuk dan rupanya sebiji macam tin sardin cap ayam tu,
cuma bezanya die ada lubang tempat isi duit je...
aku igt tu 1st tabung aku...riwayat tabung tu tamat bila aku bawak tabung tu masuk bawah rumah,lepas tu,korek isi-isinya..jumlah die aku da x igt la,tp aku rasa cm sikit jer..haha..

Pastu start tahun ni baru aku ada tabung baru,menanam azam nak menabung la konon.
Aku bukan apa,jiran-jiran sebelah rumah tu,asyik kira duit tabung jer..tak leh jadi ni..hahha...maka aku pun menabung la skali..sampai la aku rasa tabung aku tu berat,
bila aku timbang berat tabung aku da jadi 1.8 kg...hahha..berat kan??tapi kan,
ada satu incident yang menyebabkan aku terpaksa melakukan sesuatu yang aku tanak...
mungkin gambar ini akan menceritakan segala-galanya....



Ah,malas aku nak ceritakan kisah duka ini panjang lebar.Biarkan yang berlalu itu terus berlalu.(Aku berlakon wat ayat sedih..haha)

Tapi semalam, aku dapat ini

dari seseorang yang bernama ckyn(bukan nama sebenar)..
Terima kasih kepada ckyn bukan nama sebenar.Jadi azam baru aku adalah nak penuhkan juga tabung ini sebelum aku pulang ke Msia...aku dah terfikir beberapa cara:
1:penuhkan sebahagian tabung ni dengan benda lain,seperti beras atau sebagainya.Tapi membazir pula nanti beras dah la mahal.Hmmmm...
2:keluarkan semua duit di dalam bank,ketika hari scholar masuk dan tukarkan ke duit syiling.Kemudian masukkan kesemuanya kedalam tabung.Kalo aku terdesak perlukan duit aku kena korek pula tabung tu nanti,terpaksa pula beli tabung lain.Hmmm..
3.Mungkin aku juga boleh kurangkan luas tabung aku dengan membengkokkan atau memenyek tabung itu sedikit..ni cm menarik ni..huhu

hmm yang mana satu nak guna ye...hahha

Tapi yang pasti aku akan menyahut cabaran jiran sebelah rumah aku dalam kempen menabung ni..duit tabung siapa lagi banyak??hahahha..


Anda juga mahu bersama kami?
Mari-mari menabung!!


Note:
Aku dah terfikir dah,kalau susah sangat nak menabung,aku ingat nak jadi pengumpul tabung jer lah.Macam menarik jer..senang sket..hhahaha

Thursday 11 December 2008

Biol

bangun pagi tak elok tgk cermin kat muka..

lagi

tadi kita ambik air,terlupa makan nasik.

(selepas kekenyangan makan nasi)

erk,sihat ke aku ni?

Tuesday 9 December 2008

Aku berkadar songsang dengan rajin?

Hari ini aku cuba untuk menjadi rajin,
Habis baito 730pm,aku redah hujan ke lab.
Mahu teruskan kerja aku terbengkalai petangnya.
Eh,kunci?

Aku jenguk lab ku,lampu bernyala.
Mungkin pintu belakang saja berkunci.
Aku bergegas ke pintu depan,juga kunci.
Aneh!

Terpaksa aku pulang dalam keberatan.
Pulang,perutku pula menyanyi riang(?).
Makan malam aku siapkan,ala kadar.
Udang dan sayur goreng bodoh(read:malas).

Kemudian,aku berusaha lagi menjadi rajin.
Siapkan saja di rumah.

Kata hati aku semangat.
Aku cari pendrive yang menyimpan data eksperimen aku.
Aku cari di beg merah,tiada.Cari pula dalam beg kelabu dan coklat.Juga tiada.
Hilang?
Dimana ya?
Lupakan saja kerajinan aku?
Oh,tidak mungkin!

Tiba-tiba teringat.
Oh,data di emel.Mungkin aku boleh gunakan.

Aku belek data itu.Lama.
Eh,camane plak nak wat graf ni?

Pening.
Akirameta.
__________________________________________________________________________
Kesimpulan aku,
mungkin rajin dan aku berkadar songsang.
Dan aku coretkan di sini untuk memberitahu aku,aku bukannya seorang yang malas sangat sebenarnya.Haha.

(Adakah aku sedang menyedapkan hati sendiri???)

Note utk Cik T:Baito=part time Akirameta=give up.

Sunday 7 December 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Aidiladha disambut sempena memperingati peristiwa nabi Allah Ibrahim a.s yang sanggup mengorbankan putera kesayangannya Ismail demi kecintaannya pada Al-Khaliq,Yang Maha Pencipta.Begitu juga Siti Hajar sebagai ibu Ismail,meredhai anaknya itu disembelih.
Apabila syaitan datang kepada Siti Hajar untuk menggodanya,supaya menghalang usaha Nabi Ibrahim,ini jawapannya


"Nabi itu tidak pernah diperintah untuk sesuatu yang batil dan saya sendiri bersedia untuk menebus perintah itu dengan jiwa sendiri, betapa pula jika hanya dengan jiwa anakku"


Dan apabila Nabi Ibrahim memberitahu Nabi Ismail yang dia diperintahkan oleh Allah untuk menyembelihnya,Nabi Ismail menjawab
"Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. Insya-Allah ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar, iaitu terhadap apa yang diperintahkan kepada ayah untuk menyembelih aku".


Hebat bukan?
Seluruh keluarga yang taat dan patuh pada Allah.Suami yang patuh pada Allah.Isteri yang mentaati suami dan anak yang soleh.Hebatnya Nabi Ibrahim walau perlu meletakkan pisau di leher anak yang selama ini kelahirannya dinanti tapi baginda tetap sanggup melakukannya tanpa ragu. Mengorbankan perasaan kasih sayang seorang bapa demi taat dan patuhnya pada suruhan Allah.Allah sekadar mahu menguji.Kemudian Allah gantikan Ismail dengan kibas.
Itu ujian besar dari Allah untuk Nabi Ibrahim dan baginda telah pun melepasinya.

Tapi kita pula bagaimana?
Sejauh mana cinta kita pada Allah?Sedang kita kadang-kala tidak sanggup pun mengorbankan tidur kita untuk bangun bersolat subuh.Tidak sanggup mengorbankan cerita di TV atau game untuk beribadah padanya.Tidak sanggup pun mengorbankan wang ringgit untuk bersedekah dijalanNya dan selalunya takut untuk mengorbankan masa berada di majlis ilmu untuk mengingati-Nya.Dan terlalu banyak perkara dunia yang lain yang tidak mungkin untuk kita korbankan demi-Nya.
Lantas apa bukti kita cintakan Dia,Al-Khaliq,Al-Razq....Yang Maha Pencipta,Yang Maha Memberi Rezki?

Mari semua,kita muhasabah diri.
Kenang kembali asal usul kita.Kenang kembali apa yang telah kita lakukan,sejak kita mula mengenal dunia,sebelum datangnya ajal kita,sebelum datangnya hari di mana semua amalan kita dipertontonkan pada seluruh umat manusia.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Mari kita sama bertakbir membesarkan-Nya.

Takbir Raya - Hijjaz, In-Team & Unic

Thursday 4 December 2008

Blank

Lots of things to share,
Lots of things to write,
Lots of pictures to show,
but everytime,
I stuck at the 1st sentence.
I'm BLANK.



*041208 around 520pm:mission completed..ngeee*

Aku keciwa...

Rasa seperti mahu berlari masuk ke batu belah batu bertangkup.
Owh!

gilakah aku pagi ini??
pagi yang aku memaksa diri untuk sebuah senyuman.


note:
Segala yang di dunia ini adalah milik-Nya.Walaupun sesuatu itu kita yang adakan,jangan kita perasan kita yang punya kerana Dia berhak menariknya bila-bila masa sahaja.
Smile girl,smile~

Tuesday 2 December 2008

旅行く君へ

Tadi layan movie,アイランドタイムズ「Island Times」
Tersuka pula kat lagu ni,
and this song is specially dedicated to Mrs A and Ms E



lyrics

note:
旅[tabi]行く[yuku]君[kimi]へ[e]=kamu yang nak pergi melancong/berhijrah??

Monday 1 December 2008

Takde jodoh..

Hari tu aku datang,
mahu bertanya dia sesuatu,
aku tunggu,tunggu...dia tak datang..
Hari ini,aku datang lagi,
awal sikit dari hari itu,
siapkan kerja yang dia bagi minggu lepas,
aku tunggu lagi dia datang,
hampir pukul 2,
aku pulang,rehat,makan sebab hari ini aku kurang sihat,
(eh,bukan selalu ke aku blk lunch lame2??=P)
kol 530 aku kembali,
dari jauh aku nampak kelibat seseorang yang aku kenal
eh!dialah!
(aku sengih)
dia jalan ke basikalnya,
mahu pulang(barangkali)
selisih,
dia pergi tanpa sebarang kata.
alaaahaiii..
memang tak da jodoh,
takda kerja lagi ke ken9 aku?
haha..

senpai oh senpai!

_____________________________________________________________________________________
semalam,
aku:kita nak makan apa ye harini?
ckyn:ayam goreng macam semalam tapi color merah


ayam masak merah hasil usaha aku dan ckyn:D

note utk cik T:senpai=senior