Friday 30 May 2014

ROAD TO KRABI 2

30/4
Sekitar Jam 715,Kami meninggalkan Taman Rapat Setia.
Hantar Parents Sha di Stesen Keretapi Ipoh,Breakfast Mee Kicap & Mee Kari di restoren Chinese Muslim.
Kemudian Cik Lijah meluncur meninggalkan bandar Ipoh.Setelah 2 kali berhenti di RNR,kami sampai di Bandar Changlun  sekitar jam 12.
Kenderaan kami perlahankan memandangkan di sini kami perlu membuat Insurance kereta.
Rupanya banyak tempat yang menawarkan service ini.Kami singgah di salah sebuah kedai yang bertulis Insurans Kereta Thailand
Document yang diperlukan cuma geran kereta ori dan passport.Charges utk insurance ni,as per below.

Masa kami tengah tunggu insurance kami disiapkan,staff kat situ tanya sama ada nak dia tolong isikan borang imigresen atau tak.
Actually,kami tatau ape yg dia tanya ,so kami ok kan aje...rupernya borang entry form.Just nama no Passport diperlukan..x pe la nak tolong isi..bagus juga..rupernye nothing free in this world.
Kami kena charge total RM24,Rm1 x 4 for each form.
So depends la,nk tulis sendiri pun boleh.

Dah beli insurance..isi minyak full tank di Bandar Changlun,kami menuju ke sempadan Bukit Kayu Hitam.
Memandangkan hari tu,bukan hari umum,so tidaklah sesak sangat.
dalam 30 minit,urusan imigresen ,kami dibenarkan pergi.

Misi seterusnya,mencari sim kad thai.
Memandagkan kami hanya ada peta,kami perlukan google maps utk kecemasan.
So,kami singgah di sebuah kedai di tepi jalan.Basically random je berhenti.2 sim kad kami beli satu utk aku n sha dan satu lagi utk zaki n amat.
Kami ambik utk 7 days ditambah dengan unlimited internet.
Rasanya dalam THB400 abis dekat situ.
Dekat sini la 1st time kami sedar,kami tak faham langsung bahasa thai.Walaupun muka Thai n Malay lebih kurang sama je,tapi bahasa,zenzen wakaranaai!.
Kami berurusan macam ayam dan itik.Dekat sejam jugak la dekat situ.

Perjalanan kami teruskan melalui Phet Kasem -Route 4.
Mengikut sign board  Pattalung->Trang->Huai Yot->Phuket/Krabi

Sesekali teragak2 juga jalannya,tapi Alhamdulillah..akhirnya kami berjumpa sign board krabi.
Kami berhenti solat jamak ta'khir di Masjid Huai Luk.Kebetulan baru habis solat asar disitu.
Jemaah tempatan baru turun dari Masjid.
Di sapa salam dari jemaah yang turun.
Semasa kami turun dari masjid,seorang pakcik cuba berkomunikasi dengan adik.
Bahasa siam.Hanya perkataan Malaysia yang dapat ditangkap.
Dengan bahasa isyarat,die mengajak kami makan.
Antara sebab kami memilih berkereta adalah supaya lebih dekat dgn orang tempatan,jadi kami memilih menerima pelawaan itu.

Kedai kopi di tepi masjid kami lawati.Rata2 disini adalah komuniti Islam.
Kami mengalami masalah bahasa lagi di sini.
Berwajah sama,berakidah sama cuma bahasa kita berbeza.
Hanya salam & senyuman mengikat kita saudara seislam.

Mujur ada adik2 yang pernah berurusan dgn orang siam,sama ada pekerja ayah atau akak kedai makan berhampiran rumah,kami berjaya juga order air.
Disebabkan dia hanya tahu..Cha yin(The ais),Cha o yin(Teh o ais) or Cha ren(Teh panas)..
Hanya air itu yang kami order.
Manis!!level potong kaki.
Menariknya,kuih2 di letak dalam satu talam.Berbagai jenis kuih.Dan yang paling penting aku jumpe Apollo!!..
Dah lama teringin.Kecil2 dulu Ma selalu masakkan untuk kami.

[Apollo;Pisang disalut pulut dibungkus daun pisang dan akhirnya dikukus..marvellous!]





 Photo;Masjid Huai Luk

Kami teruskan perjalanan menuju destinasi utama kami..Krabi!..
Yosh~sikit lagi.Dari Masjid ni..mengikut google maps ada 90 km lagi.

Akhirnya kami berjaya sampai!.Check in,check package yang hotel ada.
Kami ambil 1 island hopping package to Phi-Phi  Island(7 Islands) dan Elephant Trekking + ATV for the next day.Total package RM240/per person.



Check in and check activity for next day.


Tuesday 6 May 2014

ROAD TO KRABI 1

Idea nak buat roadtrip ke Krabi ni adalah hasil dari pengaruh cerita Bikers Kental dan tak sangka betul-betul jadi realiti.
Kebetulan akhir Apr hingga Awal Mei,Kilang kami tutup seminggu untuk 'maintenance' katanya.
Regular activity la kot,sbb tiap2 thn ada cuti seminggu.
Merancang la macam nak buat kat sane..tapi...
Problem paling besar adalah sapa yang nak pergi sebenarnye?
Ding dong ding dong..sekejap nak pergi sekejap tanak..sekejap 2 kete..sekejap satu kete..
naik pening.
End up aku bagi dateline by 10th April,sapa yang nak pergi kena confirm sbb aku nak buat reservation utk accomodation kat sane.
So 10th tu baru la kami dapat confirmkan,4 orang sahaja.Aku,Shasha,Adik aku (Zaki & Amad).

Masalah seterusnya,adalah mana kami nak berkumpul memandangkan cuti start 26 dan kitorang hanya akan pergi 30hb dan kereta aku akan digunakan utk ke Krabi.Si Amad ada kelas di UIA dan zaki pula kerja di Kelantan.
Bagi memudahkan semua,kami decide untuk gather di rumah Shasha di Ipoh.Aku dan Zaki dr Kelantan,Amad naik train dari KL. Kami overnight satu malam di Ipoh.

Dari segi distance memang agak rugi,sebab kami menjauh dari End point..tapi takpelah,ada yang lebih penting disitu.





Anyway Cost Perjalanan:
26/4
Minyak:RM60 di Shell Karak Hiway(Gombak)
             RM50 Di Shell Kuala Krai
Toll:RM 8

30/4
Minyak:
RM64 di Shell Grik
Toll:RM3.50 (Kuala Kangsar-Ipoh)

Makan sponsored:D

Total:RM185.5

Yang bawah ni overall view perjalanan aku menghabiskan cuti terakhir sebelum betul2  mencecah 3 series.Kira hadiah birthday untuk diri sendiri la ni... :D
Lanjut aku akan kongsikan nanti.



Okey..sorry post ni baru Pre Trip to Krabi_:D