"CHANGLUN: Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah nasib seorang bayi lelaki yang ditemui masih hidup selepas dibuang dalam lubang tandas awam di pasar basah Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat sini, semalam.
Bayi seberat 2.4 kilogram itu ditemui dalam keadaan tali pusatnya terbelit pada leher, manakala sebahagian punggungnya terperosok dalam lubang tandas...."
lanjut klik sini
Istighfar panjang aku baca paper tengah hari tadi.Nak menangis pun ada.Kesiaan sangat.Apalah salah dia?Dah la comel.Masa nak wat tak tahu malu,bila dah dapat anak tau pula malu.Malu dengan manusia,sampai kat mana sangat la.Esok-esok,Allah tayang juga semua benda yang kita buat kat dunia ni.Tak boleh nak sorok-sorok dah.
Owh aku marah ni.
(astaghfirullah)
Aku doakan mereka ni insaf.Selagi ada masa untuk bertaubat pohonlah ampun dengan Allah.Sesungguhnya,Allah itu Maha Pengampun lagi Maha penyayang.
Tapi kita yang insyaAllah,tak ada nak buat dosa besar ni,belum tentu pun boleh masuk syurga.Kalau dosa-dosa kecik dok kumpul wat saham,samalah juga nanti.Bak ceramah yang pernah aku dengar,tak ramai orang terjatuh sebab langgar dinding ke,langgar tiang ke sebab menda tu besar.Orang senang nampak.Tapi ramai orang ni jatuh sebab tak nampak benda kecik.Terpijak kulit pisang ke kan.(ni aku tambah la ni)
Jadi berdoalah kita selalu kepada Allah.Jangan sekali-sekali kita putus asa dalam berdoa.
Walaupun kadang-kadang kita rasa malu,bila susah,baru kita ingat Allah.Tahulah bahawasanya itu fitrah setiap insan.Roh kita ni,sebelum ditiupkan dalam jasad dah berbai'ah yang Allah itu tuhan kita,jadi bila kita susah,bila kita tiada tempat mengadu,kita akan kembali kepada Dia,kepada asal kita.Teruskanlah berdoa.Sebab doa itu senjata orang mukmin.
"Berdoa'lah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa' permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa' kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina".
-Surah Al-Mu'min ayat 60-
Istighfarlah kita selalu.Moga dosa-dosa kita diampun.
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”
No comments:
Post a Comment