Wednesday 26 November 2008

The lost generation..



Sharing is caring..

_______________________________________________________________________________________
Sembang-sembang kotatsu tadi buat aku terdiam.
Kami sembang pasal isu semasa,beza anak-anak zaman sekarang dengan zaman kami kecil-kecil dulu,masa depan dan macam-macam lagi isu yang akhirnya aku tak jumpa hujung pangkal.Diam bukan bermaksud setuju,diam aku kali ini berfikir..
Sampai dada pun rasa sesak...

Aku terbayang,macam mana kalau esok lusa,kalau dah kahwin,dah ada keluarga sendiri,
ada anak-anak dengan macam-macam gejala sosial sekarang ni,boleh ke anak-anak kita nanti jadi orang?Walaupun aku ni bukanlah genius,tapi secara logiknya,ibu bapa pada seorang perompak,perogol atau pembunuh sekalipun,masa dia besarkan anak dia,tak pernah la nak besarkan anak menjadi seorang jahat.Tapi macam mana orang boleh berubah jadi jahat?

Aku rasa,aku ni dikira beruntung.Walaupun lahir di kampung,dalam adik beradik yang ramai dan berpendapatan rendah pula,tapi sekurang-kurangnya tahu nilai agama,nilai aqidah.Kemudian,aku masuk sekolah asrama pun sentiasa diawasi,dan kawan-kawan aku pun boleh dikatakan baik-baik belaka.Dan sampai sekarang,aku dikelilingi oleh orang-orang yang sangat baik.Sampai aku rasa,tiada sebab untuk orang jadi jahat.
Kalaulah aku ni bukan orang yang dibesarkan dalam suasana,dalam rentak ini,aku pun tak tahu apa yang akan jadi dengan aku sekarang.Mungkin pengunjung setia disco ke..ape ke..na'uzubillah.

Kalau masa aku darjah satu,dua dulu,aku boleh main kat luar rumah pakai seluar je,
tapi tengok keadaan sekarang yang sangat maju dan canggih,TV yang semakin hari semakin terbuka dan kaya dengan pelbagai hiburan dan internet yang sentiasa pantas memberi maklumat yang terkini lagi sensasi tanpa sempadan,aku rasa jangan cari nahas lah.Kalau ini tak dibendung dari sekarang,apa akan jadi pada generasi depan?Generasi anak cucu kita nanti?Kalau aku ada anak nanti,aku tak yakin aku mampu untuk awasi 24 jam sehari pergerakan anak aku.Kalau lebih-lebih pula,nanti jadi mengongkong pula.Kalau biar bebas sangat,rosak pula.Haishh..Bukan senang nak membentuk orang jadi manusia.Manusia berguna lak tu....

Jadi,

Apa yang kita mampu lakukan untuk memastikan generasi depan nanti bukan generasi yang hilang?Hilang nilai agama,nilai akhlak dan segala jenis nilai yang baik lagi..

Tiba-tiba rasa cuak je nak jadi orang dewasa ni......
(macam sekarang budak kecik jer..hahah...)

Tuesday 25 November 2008

101 Restaurant and Catering-update

Atas permintaan tuan punya restoren,terpakse lah aku tulih entri lagi pasal restoren derang.Kali ni aku bukan nak promote sbb restoren derang tak laku,tapi laku sangat sampai derang dah jadi susah plak...maaflah,sebab aku promoter berjaya sangat..hehe...
_____________________________________________________________________________________

Sekarang ni,
Permintaan untuk makan di restoren mereka pada hari-hari tidak bersekolah sahaja yang akan dilayan,untuk hari lain,permintaan anda tidak akan dilayan.

Sekian terima kasih.
_____________________________________________________________________________________

sebarang pertanyaan,komen dan ketakpuasan hati,sile rujuk tuan punya kedai yer..

sekiaaaannn~

Monday 24 November 2008

Wii08 Otsukaresama!


scenery tempat program Wii08~


Alhamdulillah,aku selamat tiba dirumahku syurgaku ni.Mula-mula aku dah risau tengok cuaca tak menentu,hujan,hujan batu dan salji.Salji la yang aku paling risau.Dah la program ni kat atas bukit.Kat Niigata pula tu.Niigata=Yukiguni(Negara Salji).
Tapi Alhamdulillah Allah mudahkan jalan kami,cuaca baik sepanjang perjalanan sampai hari ini,hari akhir.Sampai Toyama barulah hujan turun.

Program ni,program santai.Tak banyak pengisian,lagi banyak aktiviti luar.
Tapi aku paling tak tahan,main orang buta tu,walaupun kami ni hanyalah 12 orang tapi gelagat sorang-sorang memang kelakar.Tergolek-golek aku gelak<--masa tu aku jadi orang celik bolehlah.Masa aku jadi orang buta,baru aku sedar susah rupernya.Nak suruh jalan lurus pun susah.Apatah lagi bila disuruh tulis kanji,yang aku sendiri tak tahu rupe die macam mana.Buruk betul aku tulis.

Sempat juga kami buat snowman..suke betul tenki masa ni..cantik..Subhanallah~


Dan hisashiburini aku berlakon.Bila teringat lakonan tu,memang aku rasa telinga aku panas lah.Segan!..Aku ni,kalu kena cakap depan orang ramai-ramai dah terketar-ketar lutut.Kena berlakon?Haish..memang aku tak berani pandang audience la,kalo tak mesti hilang script spontan aku.Huhu.Teringin plak nak tengok video yang budak-budak ni rekodkan.Tapi tak sanggup!Haha..

Secara keseluruhan -BEST! Mungkin ada lagi yang perlu dipertingkatkan tapi untuk cubaan pertama,two thumbs up!hehe..Tahniah untuk yang bersusah payah untuk perancangan dan perlaksanaan program kali ini.

Otsukaresama deshita!

Wii yang pertama dan mungkin terakhir untuk aku~

Let's enjoy this,

Wednesday 19 November 2008

Bihun Soto..yummy!

Lepas beberapa kali perancangan memasak soto tertangguh,akhirnya hari ini tersampai juga hajat nak makan soto.Dan inilah hasilnya!



Harap-harap yang berkenaan,yang mengidam nak makan soto tu,dah berpuas hati yer..hehe

**makan sampai overload..haish**

Tuesday 18 November 2008

Tafsir Al-Fatihah part 2

(0417 tak leh tido)
Tak sangka plak aku iklan restoren aku men2 semalam tu jadi betul pula..
nanti aku claim gaji promoter la camni..hehe..
__________________________________________________________________

Disebabkan aku tanaklah jadikan blog ni picisan sangat(walaupun itu lebih serasi dengan jiwa aku),
aku sambung sedikit tentang tafsir Al-Fatihah.
(sumber rujukan: Tafsir Mudah Surah Al-Fatihah dan Tafseer Ibn Kathir)

Haritu,aku ceritakan tentang nama-nama lain surah Al-Fatihah dan sebab-sebab dinamakan begitu.Jadi hari ni aku akan sambung sikit lagi.
Jika haritu aku ceritakan salah satu nama surah Al-Fatihah adalah Al-Quranul Adhim yang bermaksud bacaan yang agung kerana keagungannya dan banyak keutamaannya,hari ni aku akan ceritakan serba sedikit tentang keutamaan surah ini.

Antara hadith-hadith menceritakan tentang keagungan Al-Fatihah
(note:Ini bukan matan hadith yer)
  1. Al-Fatihah adalah surah yang paling agung dalam Al-Quran. (HR. Imam Ahmad, Bukhari dll).
  2. Tidak ada surah yang seumpamanya diturunkan dalam kitab Zabur,Injil atau Taurat(HR At-Tirmidzi dengan sanad sahih)
  3. Al-Fatihah adalah Ruqyah, yaitu jampi-jampi untuk mengobati penyakit. (HR. Bukhari).
  4. Shalat tidak sah tanpa membaca Al-Fatihah. (HR. Muslim dan An-Nasai).
  5. Al-Fatihah adalah dialog hamba dengan Allah Taaala. (HR. Muslim dan An-Nasai).
    Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, dari Rasulullah Shallallaahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam bersabda: Barangsiapa shalat yang tidak membaca di dalamnya Ummul Quran (Al-Fatihah) maka shalatnya tidak sempurna (beliau Shallallaahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam mengulanginya tiga kali).
    Lalu ditanyakan kepada Abu Hurairah Radhiallhu Anhu: Bagaimana apabila kita dibelakang imam . Abu Hurairah Radhiallahu Anhu menjawab: Bacalah (Al-Fatihah) dalam dirimu, karena sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah Shallallaahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam bersabda:
    Allah Azza wa Jalla berfirman: Aku membagi shalat (Al-Fatihah) antara Aku dengan hambaKu menjadi dua bagian dan bagi hambaKu apa yang dia minta.
    Apabila dia (hamba) mengucapkan: Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
    Allah Taaala menjawab: Hambaku memujiKu.
    Dan apabila dia (hamba) mengucapkan: Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
    Allah Taaala menjawab: HambaKu menyanjung-nyanjungKu.
    Dan apabila dia (hamba) mengucapkan: Yang menguasai hari pembalasan.
    Allah Taaala menjawab: HambaKu mengagung-agungkanKu.
    Dan apabila dia (hamba) mengucapkan: Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
    Allah Taaala menjawab: Ini adalah antara Aku dengan hambaKu dan bagi hambaKu apa yang dia minta.
    Dan apabila dia (hamba) mengucapkan: Tunjukilah kami jalan yang lurus,
    (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
    Allah Taaala menjawab: Ini adalah untuk hambaKu dan bagi hambaKu apa yang dia minta.
    (HR. Muslim dan An-Nasai).
Aku agak terkesan dengan ini.Al-Fatihah adalah dialog antara kita dan Allah.Berapa ramai antara kita yang betul-betul memahami makna surah Al-Fatihah?.Dan berapa ramai yang betul-betul menghayati pembacaannya semasa dalam solat?.Dan berapa kerat pula yang benar-benar merasai kemanisan solat.Aku sendiri??Entah!
Aku rasa ramai yang sekarang solatnya profesional dan ikhlas sahaja.Kalau seorang ustaz solat 5-10 minit,mungkin profesional yang ikhlas(yang membaca surah Al-Ikhlas) ini boleh solat dan 3-5 minit sahaja.Tapi itu Alhamdulillah,solat juga.Tapi cukupkah untuk berpuas hati di tangga kita hari ini?
Ada aku pernah dengar satu ceramah dari ustaz mana aku lupa,tapi maksudnya lebih kurang begini,nikmat pertama yang ditarik oleh Allah dari ummat Muhammad apabila mereka melakukan maksiat adalah nikmat kemanisan solat.Mungkin banyak sangat maksiat yang sengaja dan tak sengaja kita lakukan hari ini,sebab tu lah solat kita masih belum mampu menjadi solat yang boleh mencegah dari perbuatan keji dan mungkar apatah lagi untuk menjadi medium untuk kita berdialog dengan Allah.

Jika matlamat hidup kita adalah syurga,mampukah kita ke sana dengan keadaan kita hari ini?Tepuk dada tanya iman.(Astaghfirullah)
Mari kita sama-sama muhasabah diri,

Aku bukan ustazah,aku bukan orang yang tinggi ilmunya,hanya berkongsi dari apa yang aku baca,aku dengar dan aku pelajari.Jika salah,betul-betulkan lah.

Wallahua'alam.