Wednesday, 26 November 2008
The lost generation..
Sharing is caring..
_______________________________________________________________________________________
Sembang-sembang kotatsu tadi buat aku terdiam.
Kami sembang pasal isu semasa,beza anak-anak zaman sekarang dengan zaman kami kecil-kecil dulu,masa depan dan macam-macam lagi isu yang akhirnya aku tak jumpa hujung pangkal.Diam bukan bermaksud setuju,diam aku kali ini berfikir..
Sampai dada pun rasa sesak...
Aku terbayang,macam mana kalau esok lusa,kalau dah kahwin,dah ada keluarga sendiri,
ada anak-anak dengan macam-macam gejala sosial sekarang ni,boleh ke anak-anak kita nanti jadi orang?Walaupun aku ni bukanlah genius,tapi secara logiknya,ibu bapa pada seorang perompak,perogol atau pembunuh sekalipun,masa dia besarkan anak dia,tak pernah la nak besarkan anak menjadi seorang jahat.Tapi macam mana orang boleh berubah jadi jahat?
Aku rasa,aku ni dikira beruntung.Walaupun lahir di kampung,dalam adik beradik yang ramai dan berpendapatan rendah pula,tapi sekurang-kurangnya tahu nilai agama,nilai aqidah.Kemudian,aku masuk sekolah asrama pun sentiasa diawasi,dan kawan-kawan aku pun boleh dikatakan baik-baik belaka.Dan sampai sekarang,aku dikelilingi oleh orang-orang yang sangat baik.Sampai aku rasa,tiada sebab untuk orang jadi jahat.
Kalaulah aku ni bukan orang yang dibesarkan dalam suasana,dalam rentak ini,aku pun tak tahu apa yang akan jadi dengan aku sekarang.Mungkin pengunjung setia disco ke..ape ke..na'uzubillah.
Kalau masa aku darjah satu,dua dulu,aku boleh main kat luar rumah pakai seluar je,
tapi tengok keadaan sekarang yang sangat maju dan canggih,TV yang semakin hari semakin terbuka dan kaya dengan pelbagai hiburan dan internet yang sentiasa pantas memberi maklumat yang terkini lagi sensasi tanpa sempadan,aku rasa jangan cari nahas lah.Kalau ini tak dibendung dari sekarang,apa akan jadi pada generasi depan?Generasi anak cucu kita nanti?Kalau aku ada anak nanti,aku tak yakin aku mampu untuk awasi 24 jam sehari pergerakan anak aku.Kalau lebih-lebih pula,nanti jadi mengongkong pula.Kalau biar bebas sangat,rosak pula.Haishh..Bukan senang nak membentuk orang jadi manusia.Manusia berguna lak tu....
Jadi,
Apa yang kita mampu lakukan untuk memastikan generasi depan nanti bukan generasi yang hilang?Hilang nilai agama,nilai akhlak dan segala jenis nilai yang baik lagi..
Tiba-tiba rasa cuak je nak jadi orang dewasa ni......
(macam sekarang budak kecik jer..hahah...)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
panjang sungguh cerita kita kan?
hehehe
mlm neh nk cte agi??
hihihihihihihi
hahaha..leh2..topik ape lak mlm ni???
Post a Comment