Hari ni usrah kami bincangkan pasal tajuk Ghibah,
Apakah ghibah itu??
Perbuatan yang Allah dah terang-terang cakap dalam Al-Quran tentang dosanya,
tapi kita manusia ni,tetap lupa.
Ghibah,satu bencana lisan yang mendarah daging dalam kehidupan seharian kita.
Dalam bahasa mudahnya,MENGUMPAT.
Aku rasa,tajuk ini pernah kami bincangkan,pada awal permulaan usrah kami.
Tapi hari ini,bila dibincangkan kembali,masing-masing seperti baru pertama kali diingatkan.
Betullah,kata orang,insan itu mudah lupa dan perlu sentiasa diperingatkan.
Mari aku ceritakan isi usrah kami serba sedikit,
Isu mengumpat ini dibahaskan amat panjang.
Allah SWT menegaskan tercelanya pengumpat dalam kitabNya dan diserupakan dengan pemakan bangkai.
Ini Allah firmankan dalam surah Al-Hujurat ayat 12.
"Janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati?Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya." (Al-Hujurat:12)
Aku pasti,yang ini ramai yang pernah dengar.
"Mengumpat umpama memakan daging saudara yang telah mati",tapi sejauh mana kita berasa takut dengan firman Allah ini??
Cuba kita bayangkan,walaupun dalam keadaan kita kebuluran sekalipun,sanggupkah kita memakan daging adik beradik kita,atau sahabat-sahabat kita atau sesiapa sahaja?Walaupun,pada masa itu hukum memakannya menjadi harus dalam keadaan darurat.
Mesti kejijikannya tak terbayang dek akal kita kan?
Apa yang dikatakan mengumpat ni?
Membicarakan perihal saudaranya tentang sesuatu yang tidak disukai,apabila ia mendengarnya.
Atau dalam kata lain,membicarakan orang lain tanpa pengetahuannya,baik aib keturunanya,akhlak,perbuatan,kata-kata,agamanya,fizikalnya dan sebagainya lagi.
Ini aku sedut dari buku Panduan Mengawal Lisan karangan Imam Al-Ghazali.
Manakala dalam satu hadith riwayat Muslim,
Rasulullah s.a.w bersabda
"Apakah kamu mengetahui apa mengumpat itu?"
para sahabat menjawab
"Allah dan RasulNya lah yang lebih mengetahui."
Rasulullah s.a.w bersabda.
"Kamu menyebut sesuatu yang tidak disukainya"
Sahabat bertanya,
"Bagaimana kalau yang saya perkatakan itu ada padanya?"
Rasulullah bersabda,
"Jika kamu katakan apa yang ada padanya,maka kamu telah mengumpatnya.Jika tidak ada padanya,maka kamu telah berdusta padanya"
Kadang sedar,kadang tidak,kita,malahan aku sendiri banyak melakukannya.Astaghfirullah al 'adhim..
Mengumpat ni tak semestinya dengan lidah,malah dengan perbuatan-gelakkan,membuat mimik muka dsb,dengan tulisan dsb.
Jadi,apa-apa sahaja cara yang kita gunakan untuk menceritakan tentang seseorang(si A),kepada orang lain(si B) hingga menyebabkan si B itu tahu yang kita sedang menceritakan tentang si A adalah dikira sebagai mengumpat.
Dan kalau bila kita mendengar orang mengumpat.Kita mendiamkan diri dan turut sama mendengar,kita juga termasuk dalam orang yang mengumpat.
Rasulullah SAW bersabda
"Orang yang mendengarkan (umpatan)adalah salah seorang dari dua orang yang mengumpat" (HR Abul Abbas Ad Daghali)
Apabila kita mengumpat,kita membuka aib/menghinakan seorang mukmin yang lain,di akhirat kelak Allah akan membuka aib kita dihadapan seluruh ummat manusia.
Jika di dunia ini,kita mendengar orang membuka aib orang lain,maka halanglah dia.Sebab,
Rasulullah bersabda,
"Barangsiapa mempertahankan kehormatan saudaranya,dengan tanpa pengetahuannya,maka wajib bagi Allah membebaskannya dari api neraka"
(HR Ahmad dan Ath Thabrani)
Amaran-amaran Allah tentang orang mengumpat ,nanti aku sambung di entry akan datang.
No comments:
Post a Comment