Masa nak balik tu kan,
beberapa orang dak laki ni request suruh junior aku masak.
Dgn memain nye dia ckp,
bolehla kalo diorg bayar 500 yen sorg.
Diorang terus setuju.
Tak sangka plak.
Masa makan2 tu,tiba2 ada sorang ni ckp kalo dia bayar 30000 sebulan,
boleh tak kitorg masakkan setiap hari untuk dia.
Hurmmm...peluang bisnes ni.
hehe...
lepas subuh ari ni,
mata aku dah tak leh lelap.
mula2 aku dok fikir masalah lain,
tibe2 aku tatau napa tefikir2 pulak
pasal cadangan derg tu,
hehe...
meh aku stori ape yang aku dok pk dari tadi...
mule2 aku pk,benda ni ada kebaikan untuk kedua pihak.
Mula-mula untuk
pihak pengguna
1.makan lebih terjaga
2.lebih jimat berbanding makan di luar.
3.lebih sesuai dengan selera
dan untuk
pihak tukang masak
1.hanya perlu memasak lauk lebih sedikit dari biasa
2.cara untuk mendapat duit lebih
3.Meningkatkan kekreatifan dan skill memasak
tapi disebabkan tukang masak pun student,aku rasa perlulah ada beberapa term of service yang difikirkan sesuai..
_____________________________________________________________________________
101 RESTAURANT AND CATERING
Bayaran untuk sekali makan adalah /500 yen seorang
Syarat:mesti memberitahu dan mendapat persetujuan pihak restoren terlebih dahulu
Syarat:mesti memberitahu dan mendapat persetujuan pihak restoren terlebih dahulu
Kami juga menawarkan beberapa pakej:
- Makan tengahari dan malam selama sebulan \20000 yen
- Makan pada hari tertentu sahaja-contohnya Sabtu dan Ahad \800 yen sehari
- Juga menyediakan bekal/take out
- Permintaan lain boleh dibincangkan secara terus dengan kami.
- Semua pakej ini tidak boleh diguna pakai pada musim peperiksaan.
- Pihak kami berhak menentukan jumlah bilangan orang yang layak menggunakan khidmat pakej ini pada sesuatu masa.
- Menu permintaan pelanggan boleh dipertimbangkan atas kerajinan chef.Menu yang luar biasa hendaklah diberitahu lebih awal untuk kemudahan pihak kami menyediakan bahan.
- Jika pelanggan tidak boleh hadir pada masa yang telah dipersetujui,hendaklah memberitahu pihak kami terlebih dahulu.Tetapi jika tiada sebarang makluman awal, wang tersebut tidak akan dikembalikan.
- Jika pihak kami tidak dapat menyediakan makanan seperti dalam perjanjian atas masalah-masalah tertentu pada hari-hari tententu:
- Pihak kami perlu membelanja pelanggan makan di tempat lain;atau
- Duit untuk bahagian tersebut bolehlah dibawa ke bulan berikutnya
Haha..
Agak-agak leh laku tak restoren ni?
Nanti kalo aku takde kerja sangat aku fikir lagi term of service or,pakej2 yang lebih sesuai..
ehehe..
Sekiaan,businesswoman in progress.
Hehe
6 comments:
amboi2x kak linda...time kasih tolong promote restoren kitaorg ...muahahhahahah
ish2..x pe2..kalo korg maju nanti kite mintak gaji promoter..hahaha
aku nak weh... pakej 2 man sebulan.. dh mcm konbini la korangnye rumah nnti.aku mkn sebulan konbini roti dgn onigiri pn lebih 2 man kdg2...aku boooookinnnggggggg
eh ade ke servis penhantaran pos?
oh..penghantaran pos?menarik2..kalo incik neng sggp nk bayar kos penghantaran mungkin boleh difikirkan..hehe..
erk,cmne pendapat tn pny restoren??huhu
Post a Comment