Monday, 17 November 2008

Tafsir Al-Fatihah part 1

Minggu sebelum ni kami berusrah mengenai tafsir surah Al-Fatihah.Isinya aku copy and paste dari blog lama aku.Tapi ini pun separuh saja.Ada kelapangan lagi,aku sambung.

___________________________________________________________________


Alhamdulillah tadi sempat aku berusrah bersama sahabat-sahabat dan adik-adik yang aku sayangi..

Sekadar perkongsian,usrah tadi kami bincangkan tentang tajuk Al-Fatihah,yang bermaksud pembuka.Ini kerana surah yang mula-mula sekali dalam Al-Quran dan dibaca mendahului surah-surah lain dalam bacaan solat.Mengandungi 7 ayat.Ayat pertama dalam surah ini adalah Bismillahirrahmanirrahim.Surah ini diturunkan di Makkah,jadi ia adalah surah Makkiyyah.

{Aku pun sebenarnya baru terperasan,bila dirujuk Al-Quran,hanya dalam Al-Fatihah saja,bacaan Basmallah dikira sebagai ayat 1..}

Antara nama lainnya adalah disebutkan dalam satu hadith

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallaahu Alaihi Wa Ala Alihi Wa Sallam: Al-Hamdulillah (Al-Fatihah) adalah Ummul Quran, Ummul Kitab, As-Sabul Matsaani dan Al-Quranul Adhim. (HR. At-Tirmidzi dengan sanad sahih).

Jadi,kalau dikira nama surah ini selain Al-Fatihah adalah,

1.Ummul Kitab/Ummul Quran

Dinamakan begitu kerana surah ini mewakili keseluruhan intipati Al-Quran.

Disebutkan oleh Imam Al-Ghazali,Dalam Al-Quran ada 10 cabang besar ilmu dan 8 cabang tersebut disebutkan dalam surah ini.

2.As-Sabul Matsaani

Ia bermaksud 7 ayat yang berulang.Ini kerana ia dibaca berulang kali dalam solat pada setiap rakaat.

{ini pun ilmu baru untuk aku}

Manakala yang terakhir pula adalah

3.Al-Quranul A'zhim

Bermaksud bacaan yang agung.Kerana keagungannya dan keutamaan yang dimilikinya.

Wallahua'laam...

Ada sedikit lagi yang nak aku kongsi,tapi nantilah sebab tangan pun dah lenguh ni...

Sekian,selamat malam..

No comments: