Friday 14 November 2008

Kenapa blog?

Aku suka menulis bila aku bosan,
Bila aku rasa aku tak tahu nak buat apa.
Bila aku tak boleh tidur,
Bila aku rasa marah.
Bila aku rindukan sesuatu/homesick.
Bila aku rasa ada benda yang aku nak kongsi.
Bila aku tak ada 'mood'.
Bila aku sedih.
Bila aku rasa nak menulis.
Bila aku rasa nak melarikan diri dari memikirkan masalah lain.

Aku tak suka tulis kat dairi(buku),sebab tulisan aku buruk dan aku jenis yang tak reti simpan barang kat satu-satu tempat.

Dulu aku tulis kat word,tapi bila aku format computer aku,aku lupa nak save.Hilang.
Kadang-kadang,kalau aku malas nak mengahadap komputer,aku akan hantar MMS ke email aku sendiri.Tapi aku fikir,membazir pula sebab MMS kena bayar.

Aku tulis kat multiply aku.
Aku dah bosan di multiply,aku buka blogspot pula.
Mungkin aku akan bosan di sini nanti,
aku akan pindah rumah..

Kadang-kadang aku ni rajin menulis,
tapi kadang-kadang sangat malas.

Lagipun,aku rasa tak ada orang yang akan baca blog ni,
sebab akan buang masa sahaja.

Adakah orang yang menyebabkan orang lain buang masa salah ek??
Tiba-tiba aku terfikir macam tu..

3 comments:

Anonymous said...

xpe kak linda
kami sudi bace
hehehe

lizaothman said...

saya pun sudi baca kak linda..=p

catcher13 said...

oh masih ade yang sudi..malunyee..(wek2..pttuiihh...huhu)