Hari itu hari terakhir kami di bumi Madinah.
Selepas Dzuhr kami akan berangkat ke Mekah.
Dalam taklimat akhir,petang semalamnya...Ustaz menyentuh tentang ziarah Wida.
Ziarah terakhir ke Makam Rasulullah,untuk mengucapkan selamat tinggal.
Menurut Ustaz,ada travel agency yang mewajibkan jemaah mereka utk melakukan ziarah Wida..tp menurut Ustaz,tiada dalil kuat yang menyokong.Jadi Ustaz memulangkan keputusan kepada kami,kalau nak dan berkelapangan...pergilah....
Selepas subuh,pagi itu..aku beria bersemangat utk menziarah...maklumlah entah bila datang lagi...
Tapi jemaah yang subuh yang ramai,menyebabkan aku terpisah dengan makcik aku...
Marah betul makcik aku,dengan aku...
"Itulah...takut2 sangat...nak langkah orang semayang takut..."(lembik lah ko.....!)..
"pergi beli telefon lah..."dah dia mengungkit benda lain....
huhu..lek la mkcik...aku tau dia marah2 sayang tu..risau anak buah die ni hilang....
nak menjwb ape ngn parents aku kan...hehe..
aku dah menunggu..10-20 min...ape lagi...aku terus la blk hotel...cari pakcik aku...
pakcik aku je simpan no mekah makcik aku...aku nye hP mmg terus kong..lupe nak roaming before pergi...kalau emergency mcm tu...ssh juga lah kan....
Rungutan Makcik aku,aku biarkan saja.....diam..membisu seribu bahasa....huhu...
Hurm,,,before aku pergi aritu..ms aku balik kampung...adik aku ada bacakan hadith...
......antara perkara yang kalau kita tahu betapa besarnya dosa kita takkan buat.....aku tak igt matan die mcm mana....tapi salah satu dari 3 perkara yang die sebut....adalah melintas depan solat....".....kamu sanggup menunggu seribu tahun dari melintas dpn orang solat..."terngiang2 kat telinga aku bila aku nak melangkah tiba2..orang tgh solat...lagi2 kalau orang tgh sujud..sbb tu lah aku lambat sgt....
tadi..aku search la sikit2 pasal lalu depan orang solat ni....
pastu aku jumpa ini...
Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :-
لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]
Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-
إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]
Lanjut KLIK [SINI]
No wonder lah,ade sorang yang aku jumpe masa nak solat di Raudhah rasanya..makcik tu tgh solat...tiba orang nak lalu depan dia....dia angkat tangan kiri die ke depan.......menghalang orang lalu...kepala dia terus mengadap kiblat......mmg ptt pun. buat pun gitu rupernya.....
Ada blog yang aku baca...larangan ini meliputi Masjid Nabawi dan Masjidil Haramm...ye lah,dulu2 masjid ape yang ada pun....
Jangan biarkan diri kita yang nak mencari pahala...tapi kita melanggar pula larangan Allah...sudahnya....dosa pula yang bertambah....Na'uzubillah....
No comments:
Post a Comment