Dari Masjid Quba kami di bawa ke....kawasan perbukitan(erk...ade ke?)..Bukit Uhud..
Beberapa kali ustaz mengingatkan kami,ziarah kita ke bumi Madinah ini adalah untuk mengambil ibrah dari sejarah umat Islam terdahulu dalam menegakkan panji2 Allah dan bermuhasabah diri,apa pula yang telah kita lakukan selama hidup kita hari ini untuk agama Allah .
Aku terfikir sendiri...Mampukah dengan keadaan kita hari ini,usaha kita selama ini utk diganjarkan syurga di akhirat kelak?...hurm......
*Gambar aku dan makcik berlatarkan Bukit Uhud*
Bukit Uhud mengukir sejarahnya sendiri..menjadi tempat syahid 70 syuhada dalam peristiwa perang Uhud yang berlaku sekitar 3H.Golongan kafir memang menyimpan dendam kesumat utk mengalahkan umat Islam setelah mereka kalah dalam Perang Badar sebelum itu.
Kafir musyrikin terdiri daripada 3000 orang diketuai oleh Khalid al Walid dan tentera Islam pula 1000 tentera.Semasa perang ini,Rasulullah telah mengarahkan pasukan pemanah utk bertahan di atas bukit dan mereka
tidak dibenarkan untuk turun dari Bukit walaupun menang atau kalah sehingga di arahkan utk berbuat demikian.
Malangnya,tentera Islam melihat keadaan kafir yang goyah di tgh pertempuran menyangka,mereka telah menang...hanya beberapa orang sahaja yang kekal bertahan di atas bukit..yang lain telah turun utk mengambil harta rampasan perang....mengikut hukumnya,harta rampasan perang akan menjadi milik peribadi orang yang mendapatnya....
Menyedari keadaan ini,tentera pimpinan Khalid Al Walid telah berpatah balik ,mengelilingi bukit dan menyerang tentera Islam dari belakang.
Tentera Islam kalah dalam peperangan ini..antara shabat besar yang terkorban syahid adalah..bapa saudara nabi sendiri,Sayyidina Hamzah,Singa Allah .Beliau telah dibunuh dan dibelah dada dan diambil hati beliau oleh orang suruhan Hendon,Wahsyi .Hendon berdendam kerana Sayyidina Hamzah telah membunuh bapanya semasa perang Badar.
Antara pengajaran yang boleh diambil adalah..Allah tidak akan menurunkan pertolongan apabila kita melanggar perintah Rasulullah s.a.w..jelas ustaz diakhir penerangannya tentang kisah Uhud.
Setibanya kami di Bukit Uhud,kami dibawa menziarahi makam syuhada pahlawan Uhud.
Kami mengucap salam & membaca doa dibawah pimpinan Ustaz...
Ini gambar kami berlatarkan Makam Syuhada..makam mereka di pagar.Dari 70 syuhada,hanya beberapa makam yang ditanda .
Sebelum meninggalkan Buki Uhud,kami sempat 'melontar' di gerai2 sekitar situ.
Buah kurma,kacang2,habbatus sauda etc...harga disini agak murah... sini gambar aku ini di ambil didepan gerai yang menjual Bunga Kembang Semangkuk...khasiat nya utk orang senang bersalin kata makcik aku...kat Malaysia takda...beria makcik aku promote...disebabkan itu..aku beli juga walaupun tatau nak bagi sapa...huhu..
No comments:
Post a Comment