Hari ke 2 kami di Madinah.Kami di bawa melawat beberapa tempat sejarah sekitar bandar suci itu.
Destinasi pertama kami adalah Masjid Pertama yang di bina dalam sejarah Islam.
Trivia:Apakah nama masjid tersebut??
Ye betul!.
Masjid Quba.
Masjid Quba dibina semasa Rasulullah s.a.w dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah.
Dari bandar Madinah,ia cuma mengambil masa sekitar 20 minit dengan bas.
Sebelum berangkat,Ustaz yang menjadi pengiring kami bersungguh2 meminta kami berwuduk dari hotel...rupanya kesungguhan ustaz itu bersebab.
Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.
(Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.).
Pahala umrah sebelum menunaikan umrah.Wah!baiknya Allah s.w.t ni kan.
Banyak kelebihan2 lain yang ada pada masjid ini.Ia masjid yang dibina atas dasar yang kukuh...dasar taqwa...aku rasa ,aku pernah terbaca beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang pembinaan masjid ini..tapi aku dah ingat2 lupa...sayang kan...
Sesampai sahaja kami di sana , ruang solat wanita di tingkat bawah telah pun penuh,kami terus bergerak ke dewan solat tingkat dua.Kami bersolat tahiyyatul masjid dan diikuti solat sunat dhuha.
Ini gambar makcik aku berlatar belakang kan Masjid Quba.Ia di bina semula oleh kerajaan Arab Saudi pada 1986.Asas yang asal,semuanya telah dirobohkan.
Kami tidak di beri masa yang lama memandangkan ada beberapa tempat lain lg yang kami akan lawati.
Masjid Quba aku tinggalkan dengan sedikit kekesalan.Alangkah baiknya jika aku lebih bersedia,membaca kisah2 masjid ini lebih dahulu..atau mungkin mendengar.Tentu ziarah ke Masjid Quba lebih bermakna.
No comments:
Post a Comment