Wednesday, 18 February 2009

laksa penang my faveret

Dalam banyak2 laksa aku paling minat laksa penang,
mungkin sbb die pedas..

alaa..ritu buat lupe nak ambik gambar,
tapi nak share resepi bulih?
(ah kalo korang tak suke pun ini umah aku..kui2)
eh tapi kan,kuantiti,aku pun tatau..men sedap tangan je campak..haha


Bahan-bahan kuah
  1. ikan ikutlah lagi byk lagi sedap(aku prefer ikan yang banyak isi..sbb kalo yang byk tulang tu leceh la nk asingkn )-direbus bersama asam keping dan garam
  2. bawang besar/merah
  3. bawang putih
  4. serai diketuk
  5. belacan(1 sudu besar mungkin)
  6. cili boh
  7. air asam jawa
  8. asam keping
  9. bunga kantan
  10. daun kesum
  11. pak aji
  12. garam gula secukup rasa
  13. air
  14. kasih sayang dan keikhlasan nk bagi orang makan(hahhahaha..oh..tak klakar..ok)
bahan tambahan
  1. nenas dipotong kecil
  2. bawang besar diracik nipis(ape mksd racik sbenanrnye)
  3. salad dihiris halus
  4. timun-hiris macam nak wat kerabu la
  5. cili api-dipotong kecil

bahan utama-laksa (laa)..tapi kat sini aku selalu pakai udon je..

cara-cara
  1. Bawang2 ,cili boh,belacan di kisar halus
  2. Panaskan air dalam periuk,tuang saje semua bahan tu dari blender..
  3. ketuk serai,campakkan juga
  4. begitu juga dengan asam keping dan air asam jawa
  5. sambil2 membiarkan cili dan bwg didalam periuk tu masak,ikan yang dah direbus tadi asingkan tulang dan isinya,
  6. kisar isi ikan dan tulang secara berasingan
  7. tapis hasil kisaran tulang ikan dan masukkan kedalam periuk kuah yg tengah mendidih tu,
  8. kemudian masukkan semua isi ikan tadi,daun kesum,bunga kantan
  9. masukkan gula garam dan pak aji secukup rasa..tambah air jika perlu..
  10. renehkan hingga kuah menjadi pekat.
(note:untuk aktiviti kisar-mengisar-guna air rebusan ikan td,balance tuang dalam kuah tu
:bahan 14,gunakan untuk semua pergerakan anda semasa memasak..kui2)

kemudian blhla makan..
masuk laksa,letakkan ulam2an itu..kemudian tuangkan kuah..
makan panas2 bersama orang2 tersayang..muahahaha..marvellous:D
(isi tersirat:bila korang masak tu,jemputlah aku sekali makan..hahhaa)

2 comments:

Anonymous said...

klakarnye yg bhn no 14 tu.hahaha<---aku gelak ikhlas ni :p

catcher13 said...

hahha..bhn penting tu..aku blajar kat rona roni makaroni..