3.Syukur usiaku masih panjang
---------------------------------
10.10.10 Sunday@Melaka
Attending  wedding ex housemate+ex-schoolmate... Pukul 1115 dari Bkt Beruntung ke  Serdang ambik adik aku..then terus ke Melaka. Kami sampai di Melaka  dalam pukul 2.Tapi dah masuk bandar Melaka..kami pening2 lalat baca peta  dekat kad kawen tu.. [Pengajaran   utk kamu yang nak kawen n belum tempah kad tu;make sure peta tu senang   difahami..tulis la jarak sikit ...jgn lukis jarak 10km sama panjang  ngn 1  km...leh bengong..org yg x de GPS ni..]
rasanya..dah   2,3 kali tawaf bandar Melaka tak jumpa2 juga rumah kawan  aku...sudahnya  aku telefon bapak pengantin sendiri...pukul 3 lebih,baru  lah sampai  rumah dia..adik dan kawan aku dah tensen2..maklumlah..dah  lapar..sesat2  lagi...sampai nasi dan lauk habis...aduishh......tapi tak  lama..pakcik  katering tu tambah lauk..panas2 lagi..pttlah abis  cepat..sgt sedap nasi  dia...sedap sampai aku boleh igt rasa dia....
Bergambar  berpoyo2  dengan pengantin...kami balik...dan singgah kejap ke bandar   melaka...Alang2 turun Melaka...mesti lah kena ambik gmbr depan   A-Famosa...
nak ke A-Famosa pun sesat2 juga....pukul 5 baru sampai...
Around   630..kami bergerak meninggalkan Bandar Melaka..lepas tu singgah Dinner   di restoren Jejantas Air Keroh...dari situ boleh tgk kenderaan yang   laju2 di hiway..beberapa biji kereta peronda hiway melintas..tapi aku   tak rasa apa yang pelik pun....
Lepas solat jamak maghrib dan   isyak...845...meninggalkan restoren jejantas n nak bergerak pulang..baru   2 KM berjalan...jam teruk...selalu..area situ mmg jam..hari ahad   pula..ramai orang nak balik bandar...
tapi..lama..aku rasa  jam tu dah semacam...tak gerak langsung...
bila   sampai tol simpang ampat...kami semua diarahkan keluar...jalan hiway   memang terus ditutup....perghh..mmg membuak2 betul nak tahu apa yang   jadi sebenarnya...
kami melalui perjalanan yang panjang..ikut jalan   lama dari Simpang ampat ke Pedas..jalan kampung yang sempit tp banyak   kereta...merayap mcm semut semuanya....
perjalanan pergi kami yang 3 jam...tapi perjalanan balik kami adalah 7 jam...lama betul...
Bila   aku tgk2 berita/baca2 paper hari ni....seperti yang korang tahu...jam   tu disebabkan oleh Tragedi accident yang sangat dahsyat...membabitkan 2   buah bas,2 kereta,dan 1 van..dgn 12 orang maut...tak sangka..gurau2  kami  dalam kereta..."derang ni tgh kutip daging2 kat jalan ni....."  betul2  terjadi.....
bila aku congak2...masa kejadian berlaku....
650 ptg...dan aku tolak masa aku sesat2 kat Melaka tu..hampir lebih kurang anggaran dia....
Maksudnya...kalau   perjalanan aku smooth kat Melaka..tanpa sesat...aku akan sampai kat   tempat kejadian tu..masa kejadian tu tgh berlaku.....mungkin aku dah   termasuk golongan 12 tu....mujur umur aku masih panjang....
and...aku belajar sesuatu kebenaran dalam pepatah...setiap ujian yang Allah bagi itu ada hikmah....
Dalam   kami semua tension sebab sesat lama dalam bandar Melaka,rupenya Allah   jadikan ia asbab kami untuk terus menghirup udara di atas muka bumi   ini..ALHAMDULILLAH.....
So frens , Jangan kamu membenci sesuatu,kerana itu mungkin yang terbaik utk kamu.......
 
2 comments:
wah... linda ada kat highway tu ke masa accident.. scarrrrry!!
alhamdullilah masih panjang umur ;)
ade kat hiway...nsb tak dpt tgk live eksiden tu..kalau tak tak tdo mlm la gamaknye....
Post a Comment