Monday, 10 June 2013

Andai hati sesuci si kecil itu..

Malam semalam, keluar ke TESC0,mencari sedikit makanan si Abu..kucing gemok yang tak makan ikan.
Ketika di kaunter bayaran,aku beratur di belakang 3 lelaki bukan Islam..aku mengerling bahan belian mereka..agak sedikit...3 botol air dan satu pek Junk Food..
Aku amati botol kaca itu..owh arak!..


Aku kerling gadis comel si Cashier..bertudung cantik...
Sedikit gelisah aku..terngiang-ngiang hadis larangan aktiviti berkait arak..
"Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa RasulalLah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:
عاصرها - orang yang memerah arak
معتصرها – orang yang diminta arak diperahkan untuknya
شاربها - orang yang meminumnya
حاملها – orang yang membawanya
المحمولة إليه - orang yang meminta dibawa arak kepadanya
ساقيها – orang yang memberi minum arak kepada orang lain
بائعها orang yang menjual arak
آكل ثمنها – orang yang mendapat hasil daripada arak
المشتري لها – orang yang membeli arak
المشتراة له – orang yang meminta dibelikan arak untuknya"
Aduh...andai si gadis comel itu membaca..dan mengerti..apa itu laknat Allah.. pasti dia tidak berada disitu..

Teringat..ketika dalam perjalanan KB->Bagan Serai.
Aku membawa sepupu-sepupu anak Mak Su dan 2 anak buah ku.
Singgah di satu RNR yang agak usang..tidak di jaga..
Pondok2..yang disediakan kotor..kami memilih satu pondok paling hujung..
Kelihatan lebih bersih utk menikmati bekalan kami...
tapi melihat ke bumbung pondok..kami terkejut..dan terus mencari tempat lain..
Bumbungnya penuh dengan lebah..yang bersarang...
Semasa kami makan..tiba2 anak buah aku yang berusia 7 thn.. bangun dan berlari ke pondok tadi...

"Jangan..jangan duduk situ..ada lebah..."

Rupanya satu keluarga baru tiba..dan memilih..untuk duduk di pondok tadi..

Seorang demi seorang yang datang untuk duduk di pondok itu..diberitahunya,,
ada lebah..

Ah..perihatin sungguh si kecil itu..tulus sungguh hatinya..tanpa rasa malu..tanpa rasa takut..
yang ada hanya keyakinan yang dia benar..dia perlu menyelamatkan orang lain dari kecelakaan..

Malu kan kita..selalunya ramai antara kita memilih utk..AKU-AKU..ENGKAU-ENGKAU..
begitu bukan?
Aku antaranya...

Andai aku punya hati setulus sikecil itu...

Akan aku katakan pada si gadis kecil..berhentilah dari sini..carilah pekerjaan lain..rezki Allah masih luas..

Tapi aku hanya membiarkan si gadis comel..berpalit laknat Allah..
Tanpa sebarang kata..
Hanya sekeping hati lemah yang meronta...

Hinanya aku di sisi Tuhanku..

Ya Allah , kurniakan aku lebih kekuatan..lebih kesabaran.

Ameeen.





No comments: