Saturday, 20 August 2011

DU 8 Tawaf....

Setelah 8 entri diari umrah..barulah masuk betul cerita psl umrah.Huih..SLOW!...
____________________________________________________________
Dari Saraya Ajyad,hotel tempat kami menginap...kami bergerak ke Masjidil Haram dengan menaiki 'bas tunja' a.k.a...jalan kaki...Masjid terletak mungkin dlm 200~300 m dari Masjid.

Kami berhenti sekejap di depan Masjidil Haram,sebelum ustaz menerangkan tanda2 aras jalan supaya tidak sesat nnt..ada bermacam2 kisah orang sesat dalam masjidil Haram ini...sepanjang ustaz memberi penerangan,
Mata aku terpaku pada binaan Masjidil Haram...pada aku sgt hebat dan unik

Kami memasuki masjidil haram menuju ke kaabah untuk menunaikan rukun kedua umrah selepas niat,iaitu tawaf.

Apabila Kaabah betul2 jelas di depan mata,kami semua berhenti...berdoa...
Waktu melihat kaabah pada pandangan pertama adalah antara waktu yang makbul doa.

Bila aku teringat cerita ustaz.. aku istighfar berkali2..risaunya....kerana jiwa aku betul kosong....mungkin sekadar" eh ,kaabah laa..."
Oh hati...sungguh aku rasa hina waktu itu...
"Astagfirullah hal a'ziim,Ya Allah..apa dosa ku Ya ALlah..kerasnya hati ku ini Ya ALlah...Ampuni aku Ya Allah.....Ampuni aku Ya Allah....."

Kaki melangkah mendekati kaabah...dalam kumpulan...kami di minta berkumpul di satu tempat setelah tamat 7 pusingan..syukur waktu itu orang tidak ramai...kata orang yang pernah pergi...bagi aku manusia cukup ramai,dengan matlamat yang satu....matlamat menyempurnakan ibadah kepada Allah s.w.t...

makin lama aku berpusing,makin sikit ahli jemaah di hadapan aku...pada pusingan ke 7,aku dah terlupa...6 ke 7 ni....di sebabkan itu kena ambil yang sedikit...aku pusing satu lagi pusingan...masa tu mmg aku tak nampak langsung ahli jemaah yang lain..aku tawakkal je dalam lautan manusia tu...Ketika aku sedang berada di penjuru Hijr Ismail...(kawasn Hijr Ismail tidak boleh masuk masa tawaf ye..batal nnt tawaf),aku di sapa dari belakang...

Nak kucup hajar Aswad tak?...

Nak!
Spontan pula jawapan dari mulut aku...
Ni mesti pengaruh dari buku tulisan Professor Kamil ,Travelog Haji ...yang berusaha mendapatkan peluang untuk mencium hajaratul Aswad....

Ish...takkanlah Allah nak hantar malaikat pula nak bantu aku kucup hajar Aswad ni...
bisik aku dalam hati gelakkan diri sendri yang perasan....

Rupernya yang menyapa aku waktu itu adalah cewek2 Indonesia...aku kira umur mereka lebih muda dari aku...

Aku tamatkan pusingan terakhir,kemudian aku diarah mengikut mereka...
Aku macam lembu ditusuk hidung..aku ikut sahaja waktu itu....

Aku tiba-tiba di 'Sandwich'kan...seorang lagi tiba2 menghimpit aku dari belakang....mereka menolak dan merempuh orang lain yang berusaha untuk mencium hajaratul Aswad...Tiba-tiba kami terstuck lama dihadapan multazam...kawasan antara pintu kaabah dan hajaratul Aswad..

aku berdoa di situ...

sebelum mereka berdua menggerakkan aku betul2 dihadapan hajaratul Aswad..
Aku pegang bingkai hajaratul aswad yang berwarna silver dan terus pusing ke belakang...

Eh bukan yang itu..yang hitam tu...kucup....kucup batu yang hitam tu...
jerit Cewek Indon yang membantu...aku...
Lorr....bodohnye aku......betapa datang tanpa persediaan.....

Aku kucup sekali....kemudian 2 kali setelah disuruh oleh mereka...

Mungkin mereka tu pun tension,ape ke hal la budak ni blur sgt....

Alhamdulillah...
Perasaan selepas mencium hajaratul Aswad sangat gembira...
Aku peluk mereka yang telah membantu aku tadinya..

Aku dibawa minum air Zam-zam,dan terpandang Ustaz yang mengiring kami dari jauh..memandang aku...mungkin aku seorang yang belum berkumpul...
Saya nak solat sunat tawaf....aku memberitahu mereka...

kemudian mereka berdua membiarkan aku solat sambil duduk disamping aku...

selepas solat dan doa...aku lihat ustaz sudah melambai2 dari jauh..aku tepuk bahu mereka dan berlari ke arah Ustaz....

"kawan baru?.."

Tanya Ustaz...

Entahlah,tadi saya tgh tawaf tiba-tiba diorang tanya nak cium hajar aswad ke tak....

Jawab aku jujur...

Habis dapat cium?


Dapat..
Aku senyum lebar..

Spek tak pecah pula...
Tak,..diorang pegangkan...

Diorang tak minta duit?
Aik..sedikit terkejut dengan soalan itu....

Tak de pun....

Cerita Ustaz....
Dia sudah lama memerhatikan aku dari jauh...
Dia melihat aku seolah di kepung oleh 3 orang gadis...

Sebab tu lah dia menunggu aku di situ..
Cerita ustaz lagi..

Sebenarnya,mmg ada sindiket yang membuat begitu ..
Kata orang pelajar Indonesia di sana,wallahuallam..

Selepas dapat mencium hajar Aswad...mereka akan meminta duit upah....

Aku...Alhamdulillah nasib baik Allah menampakkan ustaz keadaan aku masa itu...

Bila aku bercerita,makcik aku pun membuka cerita yang dia pernah terkena waktu menyempurnakan haji pertama kali dulu....

Alhamdulillah..wasyukurillah.....

Langkah Ustaz aku turuti ,menuju ke arah jemaah lain yang sudah berkumpul..





No comments: