Sunday, 14 August 2011

DU 7 Tanah Haram

Salam,

Quiet a long break after Du6.
Sorry.

Usai solat zuhur 7th June,jemaah kami di arah bersiap berpakaian Ihram.
Kami akan bergerak menuju ke tanah haram yang kira2 8 jam perjalanan.

Bas kami bergerak lebih kurang jam 3.Singgah sebentar di miqat,Masjid Bir Ali yang terletak di Dzulhulaifa untuk niat umrah dan ihram ,solat sunat Ihram dan seterusnya solat Asar yang kebetulan masuk bila kami berada di sana.

Dari Bir Ali,kami bergerak menuju tanah suci Mekah.Ustaz menasihatkan kami untuk tidak lagi berbual2 kosong,tetapi banyakkan bertalbiah,berzikir baca Quran dan sebagainya.

Jemaah akur,
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ , لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ , إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ , لاَ شَرِيْكَ لَكَ .
"Labbaik Allahumma Labbaik,Labbaika la syarika laka labbaik,Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulk la syarika lak"

“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu”.



Lafaz talbiyah memenuhi segenap ruang bas,hingga suara suara jemaah sayup2 hilang di telan kepenatan barangkali.

Niat untuk turut serta jemaah lain memejamkan mata aku batalkan,dek kerana mata aku yang masih belum bersedia utk di pejam.

Sekali aku belek terjemahan Quran di tangan,sesekali mata ku biarkan ke luar tingkap bas.Subhanallah, MasyaAllah...penciptaan alam adalah satu tanda kebesaranNya untuk orang yang mahu berfikir.


Jam hampir menginjak 11 pm.Ustaz mengejutkan kami semua....entah bila aku terlelap.
Jemaah sekalian,kita telah pun masuk ke tanah haram....ustaz bersuara di microphone.
Talbiyah kami sambung hingga ke depan hotel.

Urusan hotel agak lambat,selepas pembahagian bilik ,kami semua berkumpul di lobi untuk bergerak ke Masjidil Haram.

Mungkin kerana kepenatan,jiwa aku sedikit kosong.

Kata ustaz,bila masuk nanti ke Masjidil Haram,tundukkan pandangan,biar di hadapan kaabah baru pandang ke depan.Istighfarlah banyak2 kalau bila pandangan pertama melihat kaabah,kita tidak rasa apa2....


Aku?....





No comments: