Thursday, 8 September 2011

Selamat Hari Raya!

Oppss...

Sorry,
Semua orang dah habis raya baru nak cakap
SELAMAT HARI RAYA!

Maaf ye...andai ada kata ,ada tulisan di Silentmode selama ini mengguris hati sesiapa..
Raya tahun ini ada sedikit kelainan dari thn lepas,Masjid Kampung Salor tahun ini diterajui oleh orang muda,nampak idea2 fresh,dan semangat2 baru dalam aktiviti mengimarahkan masjid.
Walaupun mungkin ditempat lain biasa sahaja...seingat aku,tahun ini pertama kalinya,masjid menyediakan jamuan raya selepas solat sunat hari raya....roti jala,sate..biskut2 dan kerepek dsb,mgkn disedekah mgkn dari duit kutipan derma spjg Ramadhan,aku tidak pasti..tapi pujian patut diberikan kepada mereka yang berani mencari kelainan..masjid bukan sahaja tempat solat,tempat ibadat semata yang selama ini ramai yang salah tafsir...tp masjid turut menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan.....

Maaf aku tidaklah bermaksud menidakkan peranan orang tua dalam menarajui rumah ibadat ini,tapi aku percaya...jika ramai lagi anak muda kita yang menyumbang idea dan tenaga dalam aktiviti masjid ni,fungsi masjid mungkin boleh kembali seperti Zaman Rasulullah dulu.....

Selepas solat sunat hari raya,aku dgn keluarga ku seperti thn2 lalu akan menjadi orang terakhir meninggalkan masjid..al-maklumlah...gila bergambar agaknya semua...jarang2 jumpa katakan...


Owh..sempat tarik Tn Imam berjubah putih utk turut bergambar bersama keluarga kami....

Sekian,


p/s:bila la DU akan abes ni..byk beno break nye..

No comments: