050611
Selepas berehat sedikit,pandangan aku mula pulih.Kami menunggu solat zuhur.Disebabkan wuduk aku terbatal,makcik aku mengesyorkan aku menggunakan air zam-zam untuk berwuduk.Tandas dan tempat wuduk terletak diluar kawasan masjid dan di bawah tanah.Aku digambarkan keadaan nye amat suram,kurang orang dan sebagainya menyebabkan aku tidak berani bersendirian berwuduk di sana.
Seperti yang aku ceritakan sebelum ini,dalam masjid ini terdapatnya makam Rasulullah.Abu Bakar,Umar dan Ali..
Antara tempat yang wajib kita lawati bila kita di sana dan terdapat juga kawasan yang dinamakan,Raudhah=Taman syurga...yang merupakan kawasan di antara rumah Rasulullah dan mimbar masjid.
Mengikut apa yang aku faham dari penerangan Ustaz,Makam Rasulullah terletak ditapak rumah Rasululllah saw dan Aishah r.A..kawasan ini juga adalah kawasan yang patut kita masuki kerana di sini merupakan kawasan yang makbul doanya..
Dalam 1 buku panduan umrah yang aku baca..
"...Bila masuk ke masjid,sebolehnya tunaikanlah solat tahiyyatul masjid di Raudhah....."
Aku bayangkan bila aku masuk sahaja ke Masjid Nabi ini,aku boleh menuju ke Raudhah dan bersolat di sana...
Tapi rupanya,realiti tak semudah itu..lagi-lagi utk perempuan..
Masjid Nabawi kawalannya agak ketat..aku pernah dihalau pulang kerana terbawa kamera dalam beg ke masjid...untuk ke Raudhah bagi perempuan masanya adalah selepas subuh,zuhur dan isyak sahaja...Kalau lelaki bila-bila pun boleh...
Selepas zuhur itu,kami melihat ada askar memegang satu papan tanda..Bahasa Melayu...utk mengumpulkan jemaah Asia Tenggara..
dan beberapa bahasa lain sebelum kami dibawa masuk ke kawasan makam Rasulullah dan Raudhah secara bergilir.
Kami menunggu agak lama...mungkin hampir 2 jam sebelum giliran kami sampai.
Bila masuk sahaja,semua orang berebut2 mencari tempat utk melaksanakan solat.
Bayangkan sahaja,kawasan Raudhah itu terlalu kecil utk memuatkan ribuan manusia.
Semua bertolak2,orang yang solat dilanggar2,bahkan aku ditolak jatuh ke atas orang yang sedang bersujud....orang2 Asia Tenggara,badannya kecil2,jika dilenyek olek orang2 dari Asia Barat,mmg boleh jadi lempeng...
Kalau ikutkan hati aku pada waktu itu..memang mau terus keluar sahaja...
Nasib ada makcik aku yang berusaha keras mendapatkan tempat utk aku solat...
Bertolak2...tak hairanlah..ade orang pernah mati dipijak...
Alhamdulillah...dapat juga kami menunaikan Solat di Raudhah..kadang2 aku mempertikaikan kekusyukan aku dalam bersolat.Dalam keadaan hingar,orang melangkah2 kepala anda bila bersujud,betul2 menguji kesabaran...Doa aku di Raudhah diiringi esak yang panjang...
antara takut pada Nya,antara terkejut dengan keadaan yang sesak sebegitu...bercampur baur..
P/S: Terbayang juga keadaan padang mahsyar bagaimanalah agaknya...
Ketika kami beredar dari Raudhah jam sudah 3 lebih ...lunch di hotel disediakan hingga 23o sahaja...maka kami ke KFC dihadapan masjidil haram..setelah mengorder menggunakan bahasa ayam dan itik...
KFC yang sepatutnya 2 set kami order,hanya satu yang kami dapat...communication breakdown..
akhirnya lunch aku hari itu,cumalah fries dicicah tomato...
Bila malam menjelang..aku kepenatan dan tertidur ..terlepas pula dinner ...bila terjaga jam sudah pun 10 lebih...perutku menyanyi lagu.....tiada apa makanan dalam bilik hotel kami..nasib ade air zam2 dalam tumbler yang ku isi dari masjid tadi...
Lame aku termenung,
teringat ayat orang tidak bersyukur yang aku luah paginya....
"makan lagi..."
nah...Tuhan bayar cash!...
Astaghfirullah.............
Nota kaki;
Aku turun juga untuk berwuduk di tempat wuduk masjid.Berseorangan....makcik tidak berani meneman mgkn kerana selalu dimomokkan dgn peristiwa seram di kwnsn tandas tanah haram.
La takhaf wa la tahzan...innaAllah ha ma ana...
ayat itu bergema ditelinga,terkumat kamit di bibir seolah mahu turun berjuang...
turun shj eskalator...kwsn wuduk wanita di dpn mata.....penuh/...hingga beratur menunggu giliran....
Aku ternganga...apa yang aku takuti tadi..??
Mgkn perkara sama yg kita alami hari ini...media bercerita pelbagai cerita sensasi...hakatnye semua itu tipu2 saja..mgkn!
1 comment:
Linda,
Cerita lah lagi. Entah bila la dapat nak ke sana.
Moga dapat aku ambil iktibar apa patut dari pengalaman berharga kau itu!
Post a Comment