Tuesday, 21 June 2011

Diari Umrah 1:Cakap Jangan Sebarang...

040611 1515 KLIA.

Segalanya lancar di KLIA,walaupun rombongan kami hanya masuk bila panggilan terakhir pesawat MH150 di panggil.
MAS seperti biasa menyediakan hospitaliti terbaik,duduk sekejap sahaja,makanan mula dihidangkan.Huh,makan ape pula ni,aku baru sahaja lunch sebelum berlepas tadi.

Tiba di lapangan terbang King Abdul Aziz,Jeddah.9 jam selepas penerbangan*aku rasa*,tetapi bila urusan imigresen selesai jam dah pun menginjak pukul 8 malam waktu tempatan.Selalu disini,imigrisen nye juga terlalu byk kerenah,lagi2 untuk kami gadis2 ayu yang tidak bermahram ini..*haks* tapi Alhamdulillah,segalanya selesai mudah.

Ingatkan segalanya lancar,tapi rupanya kesabaran kami sedikit diuji.....pihak airport telah menghantar sesetengah beg ahli jemaah kami ke platform lain.Kami terpaksa menunggu hampir 2 jam,baru lah beg2 kami dikembalikan semula.

Teringat pesan adikku sebelum berangkat paginya,
"Jangan ingat,tuhan akan terima ibadat umrah kita dengan buat rukun2 umrah je, sebenarnya kat sana ujian yang lagi berat,ujian sabar..."
lebih kurang begitulah....thanks dik,ingatkan..

Selesai saja urusan kami di Jeddah,kami menaiki bas menuju ke bumi suci yang menyimpan jasad manusia agung,Rasulullah S.A.W..Madinah Al Munawwarah..Rasullullah juga telah mengisytiharkan Madinah sebagai Tanah Haram...

"Labbaikallah humma umrah.."
Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam,Berhenti rehat di RNR ,Qadim untuk supper...
Oh,jgn bayangkan RNR nya sama seperti RNR Malaysia...di sana mereka masih dalam proses improvement dari segi fasiliti..syukur kita di sini berada dalam keadaan yang lebih baik...

Ketika menunggu urusan pembahagian bilik di Hotel Daurat Feroz,Azan subuh sudah pun kedengaran dari Masjid Nabawi...yang letaknya 100~200m dari hotel kami..
Sedikit terkilan kerana tidak sempat melaksanakan solat subuh di Masjid Nabi itu..

Nabi S.A.W bersabda...
"Solat di masjid ku ini 1000 kali lebih baik dari solat di tempat lain
kecuali Masjidil Haram"
(Riwayat Imam Ahmad&Tabrani dari Abu Hurairah R.A)

Keadaan sekarang,musimnya sangat panas.Siang yang panjang dan malam yang singkat.Tak ubah seperti musim panas di Jepun dulu..Orang2 disini memulakan perniagaan mereka sebaik sahaja selesai solat subuh,berehat dari Zuhur ke Asar dan akan membuka semula kedai mereka selepas solat Asar.Oh,Naruhodou....kate aku..

Kami dihidangkan breakfast seawal jam 5 pagi.
Aku sedikit merungut...
"Makan lagi........."
Sebelum berlepas tadi aku dah makan nasi di KLIA Garden Food(Baru aku tau yang KLIA ade food court:P)...dihidangkan 2 kali nasi dalam flight utk dinner dan supper?.(ntah)..dan supper lagi di RNR..cukup menyebabkan aku mual melihat makanan...
"syukurlah,ade rezki kita..."kata makcik yang duduk semeja dengan aku...
Aku cuma tersenyum kelat.
*malu*...

Selepas sarapan,aku bersemangat untuk ke Masjid ..tapi memandangkan makcik aku tidak menunjukkan minat..aku hanya memendam rasa..sedikit bungkam bila aku diajak untuk melihat keadaan sekitar hotel kami..

"Aku nak gi masjidla,bukan nak gi shopping..."...hanya jeritan dalam hati saja.

Bila jam 10,barulah jemaah kami yang seramai 70 org itu dikumpulkan dan di bawa melawat Perkuburan Baqi' yang terletak bersebelahan masjid,perkuburan ini menjadi tempat persemadian isteri-isteri Rasulullah...dan sahabat2 lain...kami tidak dibenarkan masuk..ustaz memberi penerangan dan menceritakan sejarah ringkas di luar perkuburan itu.

Cuaca waktu itu sangat panas dengan kedaan kami yang tidak tidur semalaman itu...aku pitam sebaik sahaja ustaz menghabiskan penerangannya.Anehnya,aku antara jemaah termuda disitu,yang lain rata2 berpangkat makcik dan nenek2 pada aku...sihat je orang lain...hanya aku terpaksa dibantu makcik ke dalam masjid dan diberi minum air zam-zam...
Istighfar aku di dalam hati.Apakah aku telah melakukan sesuatu menyebabkan kemurkaan tuhanku..astaghfirullah..ampunilah aku Ya Allah....

2 comments:

Ini Saya said...

rindu nak gi sana lagi.. heheh.. suka baca cerita di raudhah.. memang bertolak2.. lena buat bulatan untuk bagi mak n nenek solat..

catcher13 said...

bila dah last day kat sana aritu,mmg rasa tanak balik lg..sbb tatau bile lg leh gi..
tu la kat Raudhah...aku terkejut sbb aku sbenarnye takleh imagine lgsg amenda nya..hehe..igtkan..Taman..ade bunga2 ke pokok2 ke..sengal gile aku ni..:p