Saturday, 10 January 2009

takpe ke gembira?

Semalam(ari khamis ritu) ada 3 benda menggembirakan,
1.Aku dapat cakap dgn kawan aku yang telah menghilangkan diri selama beberapa lama tu.
Dia pergi bertapa dalam gua agaknya,lama betul,abis risau orang lain.Tapi semalam,tau dia sihat walafiat,aku rasa lega.So,untuk itu aku nak ucapkan sesangat terima kasih kepada semua yang terlibat dapat mission possible tu.Terutama orang utusan aku yang cemerlang.Hehe.
Dan kepada kawan aku tu,->お前ひとりじゃないよ!

2.Research.Bila aku start nak tulis tesis aku,aku kena la baca betul-betul tesis senior aku,selama ni aku baca main-main je.Bila aku baca,makin lama aku rasa data yang aku analisis selama ni adalah salah,so aku agak panik,lagi-lagi senior aku tak nampak batang hidung pun sejak sekolah mula.Tapi semalam bila aku belek-belek lagi tesis tu,akhirnya aku jumpa fakta yang aku cari-cari selama ni.Alhamdulillah tak salah apa yang aku buat selama ni.Tapi...sebenarnya,banyaaaaaak lagi benda yang aku kena wat untuk tesis tu...tapi sekurangnya terjawab persoalan aku tu.

3.Mungkin aku tak bercerita tentang kaki aku yang hilang.Oh,kaki tambahanlah.Basikal aku.29hb haritu aku parkingkan basikal aku kat depan pintu masuk bangunan department aku.Nak dijadikan cerita,aku balik naik kereta,dan aku tinggalkan basikal tu kat situ selama beberapa hari.Bila aku ke sekolah hari selasa,aku dah tak nampak basikal tu.Pendekkan.Aku ingat basikal aku dah hilanglah.Kalau hilang basikal ni,bolehlah aku wat rekod,aku dah hilangkan 4 biji basikal kat jepun ni.Huhu.
Tapi Alhamdulillah,rupernya basikal tu tak hilang pun,cuma aku rasa pak cik guard alihkan ke parking basikal,sebab parking merata.Huhu..so,aku gembira sebab aku dah tak perlu berjalan kaki ke sekolah lagi.



Mungkin itu semua benda kecil sahaja.Tapi ia cukup untuk buatkan aku senyum dan sedikit serba salah,takpe ke gembira tatkala saudaraku di Ghaza sana bergolok gadai nyawa mereka.

Moga Allah akan membantu mencabut kesusahan dan bala peperangan serta mengurniakan kemenangan pada mereka serta seluruh umat Islam.

2 comments:

c16-12 said...

adakah imah yg berada nun jauh di utara sana?adakah dia gerangan yg ko dpt ckp tu?

catcher13 said...

hehe.rahsieeeee