Sunday, 15 February 2015

DIA si Pemilik Cinta.


Aku masih ingat 1990 semasa hari graduasi Tabika Kemas,Pelbagai hadiah yang diperoleh,Milo,beras dsb,,
rupa-rupanya waktu itu adalah musim Pilihan raya..patutlah.

Itulah pilihan raya yang pertama yang aku ingat..dan tahun itu adalah tahun pertama PAS-APU memenangi Kelantan dari UMNO Baru dan sejak itu TGNA menjadi MB .Pelepasan jawatan selepas PRU13,betul membuat aku sebak...bagaimana keadaannye bila dia betul-betul pergi menghadap Allah Rabbul Jalal.

Dan 12 Feb 2015, menjawab segalanya....bukan aku sahaja yang bersedih...seluruh Malaysia... baik yang Islam dan bukan Islam..golongan pembenci menjadi sedikit..walaupun sudah 3 hari pemergiannya masih penuh di newsfeedperkongsian orang tentangnya ..
membaca perkongsian itu sudah mampu membuat diri berjuraian air mata...
Sungguhlah dia pencinta Allah dan kerana itu Allah meniggikan darjatnya.Kematiannya juga menjadi 1 dakwah dan contoh teladan akan apa itu sunnah Rasulullah s.a.w.
Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
Allah itu pemilik Cinta..dia yang memasukkan rasa cinta dalam hati-hati manusia.
Apabila kita benar-benar mencintai Allah,Allah akan memasukkan cinta dalam hati manusia lain untuik mencintai kita... Ketika Yasmin Mogahed mengungkapkan kata ini di PICC semalam,hati terus teringat pada TGNA...patutlah, tanpa ragu-ragu puluhan ribu orang boleh bersegera pergi utk mengiringi jenazah nya..dari jauh,dari dekat....dan cerita-cerita kebaikannya terus tersebar meluas...  utk mengetahui hebat atau tidak seseorang itu,,lihatlah dia selepas kematiannya.....sungguh TGNA memang insan hebat..

Semoga dengan kematian ini,menghidupkan hati-hati yang mati atas dunia ini..
Untuk mati hebat..hiduplah dengan hebat sebagai hamba Allah s,w.t.

Bagi kita yang masih merintih pemergiannya , cukuplah!
Hiduplah sepertinya.Tahajjud,Al-Quran,amalkan segala sunnah dalam kehidupan,teguhlah dengan pendirian Islam walau di mana kita berada...bukan senang bukan mudah...itulah mujahadah utk meraih martabat di sisi Allah.Itulah lebih baik untuk TGNA yang telah pergi dari merintih dan bersedih atas pemergiannya.

Semoga Allah berikan Aku Kekuatan untuk bangun di sepertiga malam ketika subuh masih berkejaran dengan syuruk..Semoga Allah beri kekuatan untuk kita semua juga untuk berubah menjadi lebih baik.

Allahumma ameen.







No comments: