Monday, 6 May 2013

Berakhir sudah sebuah pemilihan..

PRU13.
Pertama kalinya menjadi pengundi.
Pertama kali mengikut rapat perkembangan politik tanah air.

Berjaga sehingga jam 3 pagi,bertukar2 channel di TV dan bertukar2 page di komputer peribadi.

Ye,sedikit kecewa..
Bukan..
banyak sekali..

Kesedihan yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Kesedihan seorang keyboard warrior..
Tidak pernah turun padang..sekadar berjalan dari satu muka,ke muka page yang lain..
Bagaimana agaknya perasaan pejuang-pejuang yang selama 55 berusaha menumbangkan sebuang dinding ilusi..

Bertambah sebak didada,apabila TGNA melepaskan jawatan MB..
Tidak mengenali secara dekat...Tapi tawaduknya dia,tenang wajahnya...menjadikan penghinaan terhadap TGNA sebagai tamparan buat diri ini..tak dapat dinafikan..ada kata nya yang tersilap..kerana dia masih seorang manusia...tapi..mana mungkin..mengatakan dia SESAT..gila!.

"Kata kalau DR. M turun nak turun jawatan....huh....gaji MB 35K sebulan..bukan senang nak lepaskan...."

Kata seseorang yang berpangkat bapa pada aku...seorang setiausaha penerangan UMNO..
Aduh..tersirap darahku...tapi terpaksa aku tahan kerana menghormati persaudaraan kami...
Yang keluar,hanya sebuah senyuman kelat..namun sampai kini,dada terasa panas...
Kalaulah kerana duit..mungkin rumah TGNA sudah sebesar kepunyaan Taib..Gila!

Perletakan jawatan sebagai MB,aku rasa akan membawa PAS menghadapi cabaran lebih getir di masa akan datang..TGNA sudah seakan ikon PAS terutama utk Kelantan..


 Namun,disebalik kesedihan..ada banyak yang perlu aku muhasabah..
Apakah sumbangan kita untuk ummat..??

Tidak ditanya di akhirat kelak apa kita telah menang?

Yang ditanya..hanya apa yang telah kita lakukan untuk umat?
Apa?
Apa?
Apa?

Tidak lebih melihat...tidak lebih sekadar keyboard warrior..

Apakah?

No comments: