Monday, 20 September 2010
lemang oh lemang
Sejak 7 atau 8 thn lepas,bakar lemang & masak rendang setiap kali hari terakhir puasa, dah jadi satu tradisi untuk keluarga kami.Sebenarnya dalam keluarga aku tiada seorang pun yang betul-betul peminat lemang. Apa yang menjadikan lemang begitu menarik adalah di sebabkan penyediaan dan proses pembakarannya yang memerlukan usaha sama semua orang.
Tapi mastermind adalah makcik dan pakcik aku dari Bentong.Mereka ni lah yang akan jadi orang yang paling sibuk.Dari potong buluh lemang,penyediaan bahan , pengeluar modal dan sebagainya.Bahagian penyediaan tungku dan kayu api biasanya jadi tugasan adik lelaki&abang aku.Aku dan yang lain selalu menyebok bila bahagian nak masukkan beras pulut yang dah direndam semalaman dalam batang buluh.Nak masukkan beras ni pun ada caranya.Apabila dah masukkan beras dalam buluh-buluh yang dah sedia dimasukkan daun pisang tu,batang buluh tak boleh dihentak2.Nanti berasnya mampat..susah nak masak barangkali.Apa yang boleh dibuat cuma ketuk perlahan-lahan sahaja.Jadi,buat lah kerja dengan sopan dan santun..
Dah masukkan pulut,tuang la santan yang dah dicampur dengan sedikit garam dan gula.Kemudian boleh la bakar macam kat gambar 1st tu.Bab bakar membakar ni susah sikit.Panas la.....tak tahan duduk dekat bara api lama
[Heh,Baru panas dunia....kalau panas neraka??1000X panas dunia...semoga kita semua terhindar dari api neraka....ameenn]
Masa bakar tu,buluh tu kena selalu dipusing2 jangan sampai rentung ..pusing2lah buluh tu sampailah santan kering..dah masak la maksudnya..setakat hari ni,utk aku yang bukan peminat lemang..lemang yang kami msk ni adalah yang the best yang pernah aku rasa....
cuba thn depan korang ajak family buat masak lemang ramai2..mesti jadi lemang paling sedap dalam dunia..hehe..
Hari tu 30 Ramadhan,elok2 lemang masak...waktu maghrib pun dah hampir masuk..kami dah siap2 sediakan mknn untuk berbuka kat tempat bakar lemang tu..buat stail picnic sket depan tangga rumah...Yang kelakar hari tu....Radio Kelantan FM yg kami biarkan terpasang mula menyanyi lagu yang menandakan azan akan berkumandang , kami semua memang betul2 dehydrated sebab duk mengadap api panas dari kol 3 ptg lagi,dengar je music tu,semua dah get ready dengan air kelapa segelas sorang kat tangan..tapi aishh tunggu punya tunggu kenapa tak bunyi2 azan ni...aku naik check, rupenya anak buah aku yang umur 3 thn tu dah tutup radio tu........sabar je laa~so hari tu je aku teguk 4 gelas air sekali gus...dah tak larat nak mkn lain..
Tahun2 depan boleh meriah macam tahun ni lagi ke tak agaknye...hurmm~.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment