Sunday, 8 July 2012

Ujian

Tidak beriman seseorang hamba selagi ia tidak di uji...

Ayat penyejuk hati dikala ujian bertimpa selama 3 minggu berturut2..
Tapi ujian aku tak seberat mana...sekadar ujian harta benda saja....

3 minggu lepas,elok aku berjalan lurus di Parking Tesco,
"Berenti...berenti..."jeritan kawan aku mengejutkan aku...

Ingatkan aku terlanggar tong sampah di tepi parking...
Rupanya kereta aku dilanggar..

Abis kemek pintu belakang...Auntie mungkin dalam lingkungan 40~50an..keluar...dgn muka agak terkejut.
Kereta saga lama yang dipandunya..kelihatan sudah tercalar dan kemek di sana sini...mgkn kemek sedikit bukan lagi hal padanya...kereta aku pun,terkemek sedikit di pintu belakang...malas mahu berunding panjang ambil no telefon sahaja dan kami berlalu pergi.Singgah di workshop Ahchai..
".250 maa..mau ketuk,,lagi mahu cat itu satu pintu..."aiyo..ok.

Call auntie..250 mahal sangat katanya.Tidak ada duit.Diminta survey kedai lain dulu.Kata aku.OK!
Tak sempat nak ketuk dan repair calar di pintu,
Khamis lepas,semasa tournament softball...kereta ku overload,equipment softball di 3rd row seat.3 dpn,4 atau 5 orang di belakang.Pulang dari makan tgh hari....
Suara dari belakang..."Eh,ada bunyi pelik...berhenti!,,,berhenti!...."
Mujurlah jalan di kawasan dalam universiti..jalan tidak sibuk,dan aku mmg memandu perlahan...Berat!...
Kusangkakan berat muatan,rupanya....tayar belakang pecah!..
Aduh..hebat...serikandi2 membuka langkah..tayar pecah kami ganti sendiri..dengan sedikit bantuan dari pakcik teksi yang kebetulan disitu.
Memang tidak dapat diselamatkan lagi..
Sepasang tayar ku tukar baru...$$$$$$$$ terbang lagi...

Minggu lepas tawar menawar dengan Ah-Chai...akhirnya dia bagi 200.
Oklah....call auntie,"mahal!..saya takde duet!".."seratus i kasik u,tapi 28 nnt u talifon balik"...aiks!...macam peminta sedekah pula,..
Aku ni dah jadi konfius...antara hak,kesian,responsibilty siapa...aku pun tak tahu...tapi aku tak rasa aku akan telefon auntie lagi.Lupakan jelah.Kalau bukan dia yang cari aku,kenapa aku nak kena cari dan meminta2 dengan dia.Entah...kata kawan aku..hak kita...kita kena pertahankan...tapi aku rasa...kalau orang tu tak ikhlas nak bagi pun,kenapa nak dipaksa2...aduh...abaikan la..just wait n see..kalau ada rezeki.

Dah 3,4 hari Cik Lijah setia di parking,aku menumpang kereta rakan2 serumah sahaja ...
Pagi tadi,ada barang yang nak diambil dari cik lijah...ku tekan alarm,langsung tak berfungsi.pelik.
Kunci,kubuka manual..alarm juga langsung tak berbunyi...bateri kong!..mungkin...
Kerana tergesa2...tak sempat aku pastikan,balik petang...ternyata perasaan ku benar belaka.
Cik lijah bisu sahaja,bila engine kuhidupkan....nampaknya ada $$$$ lagi yang bakal terbang.

Alhamdulillah.




No comments: