Just nak share seminar yang menarik yang aku join last Saturday.
Seminar ni organized by Badan Agama Islam Ofis aku....banyak benda yang aku baru tau..
Hurmm...korang mesti da tau sbenarnye..aku yang x bape rajin baca ni la yg 1st time..
bila da balik aritu,baru rajin skit nak search psl dajjal ,hadith n everything.
Kalau search "hadith" "dajjal"...mmg akan jumpe Rasullullah S.A.W..pernah cerita clear psl dajjal,kemunculan ,bila,bagaimana ...tinggal kita rajin ke tak nak baca..nak bertindak ke nak wat bodo....tepuk dada tanya iman....
Talk disampaikan oleh Ustaz Jamnul Azhar Mulkan
Apa yang aku nak share just a summary ape yang aku faham..
sape yang ade ilmu lebih/rasa salah tu..baik betulkan aku daripada ada orang lain yang baca dan adapt kesalahan aku sebagai kebenaran...opps..ugut lak.
Utk seminar kami tu,ustaz mulakan dengan 10 tanda besar kiamat..
tapi aku lupe la nak salin..so rasanya,yang ni ramai kawan2 FB share dah kot...nak tau carik sendiri..rasanya ade 20..tp yang aku salin 1 jer....Kebangkitan di Tanah Arab.
sebab yang tu mmg terasa..sangat tepat...bermula di mesir,di ikuti Syria(sekarang ni masih)....kemudian jordan lubnan,morocco algeria,Yemen,saudi dan negara2 teluk....
betulkan benda tu jadi sekarang?..
Dalam satu hadith muslim..
diceritakan tentang Tamim Ad-Dari seorang christian,belayar bersama 30 orang kemudian tetapi kapal mereka di landa ribut menyebabkan mereka berada di tengah lautan selama sebulan.kemudian mereka terdampar di sebuah pulau yang tak dikenali...disinilah mereka bertemu Jassasah(Spy/pengintip),lembaga berbulu yang menyuruh mereka berjumpa dengan dajjal.
Semasa berjumpa dajjal ..dajjal telah bertanya mereka 4 soalan...
“........Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:
“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
"Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya...............”
Sumber: http://hikmatun.wordpress.com/2008/02/10/kisah-tamim-ad-dari-berkenaan-dajjal/
Dalam hadith ni dinyatakan tentang "Sungai Tabarah"...sungai Tabarah ni sekarang ni known as Sea of Galillee yang menjadi sumber utama air penempatan haram Israel..
Mengikut explanation ustaz,tasik ni adalah seperti empangan semulajadi..menampung air dari bukit...kemudian mengalir ke sungai dan berakhir di laut Mati.
Mengikut laporan paper Israel pun,keadaan air kat tasik tu dah kritikal..
http://www.israeltoday.co.il/default.aspx?tabid=178&nid=18067
dan mengikut cerita dajjal tu,dia akan muncul bila tasik tu kering.
Meremang bulu roma bila ustaz cerita...mungkin tak sempat kita,mungkin anak kita,mungkin cucu kita....na'uzubillah.
Dajjal ni datang tak lama pun,40 hari...tapi 1st day die tu panjang nye mcm sthn,2nd day mcm sebulan,3rd day mcm seminggu,hari2 lain mcm hari2 biasa.....dalam masa 40 hari tu die akan menjelajah keseluruh dunia dan ceruk kampung,bahkan ceruk tok kun sekali pun,die akan masuk...hanya Madinah & Makkah je die tak masuk sbb dikawal oleh malaikat..
Datang nye dajjal ni,bawak 2 pilihan,syurga dan neraka ditangan nye..(Syurga neraka version dajjal)...sapa yang ikut die akan senangg..mintak sahaja apa die akan bagi...dan walaupun dajjal takkan paksa orang ikut die,die akan buat orang tu jadi ssh....bila masa tu dtg,hanya iman yang akan jadi penyelamat...ya Allah teguhkan hati kami dalam menghadapi fitnah dajjal...
bila dah 40 hari dajjal muncul,masa ni lah Nabi Isa akan diturunkan,hanya Nabi Isa sahaja yang akan dapat membunuh dajjal....
Nabi Isa ni akan memeluk Islam,kemudian akan melakukan road tour ke seluruh dunia berjumpa dengan orang Kristian untuk membetulkan salah faham mereka.DIa manusia biasa dan bukan anak tuhan.
Orang2 Kristian yang yakin akan memeluk Islam dan bergabung untuk melawan Yahudi.
Perang inilah yang dinamakan Armageddon...selepas amargedon,orang yahudi akan hidup melarat.....
Tahun2 selepas itulah,Islam akan menguasai dunia....sehinggalah Nabi Isa dan Imam Mahdi wafat
Selepas itu sedikit demi sedikit orang beriman akan di jemput Allah hinggalah kemunculan Yakjuj dan Makjuj,yang ditinggal semuanya orang kafir & munafiq.
Ketika inilah,Matahari akan diterbit dari barat dan pintu taubat terus ditutup.
Dan sangkakala pula ditiup.
Maka ketika itulah dunia ini akan berakhir,kembali pada penciptaNya.
Wallahualllam.
No comments:
Post a Comment