Tuesday, 2 August 2016

Dulu dan Kini





Indah kan zaman kanak-kanak dulu buat anak kampung seperti aku.
Main tenteng
Main getah.
Main baling selipar.
Main sorok2
Main polis-pencuri.

Panjat pokok-seberang alur sungai.
Memancing.

Dulu zaman kanak-kanak yang bebas berlari ke sana ke mari,
sepetang yang hilang,sampai ma tercari-cari.


Anak-anak kini?
TV.
Tablet /HP.

Kesian mereka.

Hujung minggu lepas,ada kenduri sepupu kesayangan di Changkat Jering,Perak.
Kami disediakan dengan sebuah Homestay di Bukit Gantang.
Penuh suasana kampung.

Masa ini kami ambil peluang mengajar anak-anak sepupu bermain ,permainan tradisional.

Kami yang tua ini terpaksa tunjukkan demo pada mereka.
Main teng -teng--kalau di Kelantan kami panggil "Dekcok".

Lihatlah bagaimana mereka bermain.
Lucu!
Hendak angkat kaki pun mereka tidak reti, kesian!


Selepas tu kami main baling selipar.

Gambar sekeping pun tak terambil.
Seronok sangat kami bermain.

Esoknya aku bertanya anak sepupu kecil.

Yang mana lebih seronok.."teng-teng" atau "baling selipar"

"Dua-dua seronok" katanya.

"Mana lagi best,main telefon atau main diluar?"

"Main diluar!"

Gembira!dengan janji perlawanan kami akan diteruskan lagi.

Kemenangan untuk kumpulan 1-
Kumpulan 2<--kumpulan makcik="" p="" tua.="">
Eleh.Sengaja kami bagi mereka menang..:P

Dengan jawapan sepupu kecil,

aku tertanya sendiri.

Apabila kita berkata--->eleh budak-budak sekarang ni ,reti main telefon je..masa dulu aku itu..aku ini...

Adakah kitalah yang sebenarnya memusnahkan kenangan itu?

Adakah persekitaran kita yang sebenarnya telah berubah tanpa kita sedar?

Adakah kadar keselamatan kita semakin membimbangkan sehingga kita lebih suka anak-anak kecil kita sering dihadapan mata...?

Entahlah,
Entah apa penyelesaian nya.
Dulu,

Berubah,

Mengubah ,

atau

Diubah.

Entah!,

Yang pasti,
Kini tidak akan sama lagi dengan dulu.


Rindu waktu yang tak akan kembali.
Mungkin detik ini juga akan dirindui pada suatu waktu masa depan nanti.

Jadi ,usah pandang belakang selalu,
Hargailah detik dan saat ini kerana ia juga akan dirindui.