Turun sendiri ke medan bencana barulah saya mengerti kenapa banyaknya
laporan mengatakan mereka tidak menerima bantuan dan ada setengah
tempat berlebihan bantuan.
Dengan limit masa yang ada adalah agak
sukar bagi sukarelawan yang bukan datang dari kawasan setempat untuk
mengenal pasti kawasan penduduk terutama yang tinggal di kawasan lebih
pedalaman.
Saya melihat longgokan longgokan pakaian yang didermakan ditepi jalan2 besar mungkin bantuan banyaknya bantuan dihantar di kawasan
tersebut,tetapi di kawasan sedikit pedalaman, ada yang bertanya kalau2
ada T-shirt atau pakaian yang boleh dia jadikan persalinan untuk
solat..mungkin bantuan agak sedikit sampai ke sana.
Untuk bantuan misi yang lebih baik ,pada pendapat saya satu pangkalan
data yang melibatkan jantina ,peringkat umur dan keperluan istimewa
(OKU etc ) penduduk perlu dibangunkan dan sentiasa dikemaskini dalam
setiap mukim/kerajaan negeri supaya bantuan yang dihantar dapat memenuhi
keperluan setiap penduduk terlibat bencana dan mengurangkan
pembaziran.Ia juga memudahkan NGO dan pasukan2 sukarela berkolaborasi
dalam pengumpulan dana dan bahan bantuan yang benar2 perlu.
Pengedaran bantuan pula mesti dilakukan sendiri oleh ketua-ketua mukim terlibat secara jujur dan telus.
Ia juga dapat mengurangkan penipuan , kerana ada yang mengambil bantuan
berlebihan hingga menafikan hak orang lain yang lebih memerlukan.
Ada juga yang mengambil kesempatan mengisi semua nama saudara mara yang
tidak terlibat bencana untuk mendapat lebih bantuan dari kerajaan pusat
mahupun kerajaan negeri.
Namun bagaimana perlaksanaannya?Ia sesuatu yang boleh dilakukan dan yang pasti ia tak semudah mencoret di FB.
Musibah yang diturunkan Allah s.w.t boleh dilihat dari pelbagai sudut,
Pada saya sebanyak mana harta ,kekuasan, dan apa sahaja yang kita
miliki di atas dunia ini,ia hanya pinjaman belaka.Sekali Allah mahu
menarik balik kepunyaan Nya,sesaat sahaja kita boleh hilang
segalanya.Jadi,biarkanlah apa sahaja yang kita miliki hari ini hanya
ditangan sahaja.Jangan sekali kita merasa bongkak dengan apa yang kita
miliki di atas dunia ini.
Salam kasih dan sayang buat saudara yang ditimpa musibah.
Semoga terus sabar dan tabah dan kami doakan semoga Allah meringankan
beban kalian dan menjadikan kesabaran kalian sebagai jalan meraih Syurga
Saturday, 17 January 2015
Tuesday, 6 January 2015
2014 Baling ke Belakang
2014 tahun musibah buat negara tercinta.
Tahun ujian dari Dia Yang Maha Kuasa.
Kemarau Panjang membawa ke Catuan Air,
Misteri MH370 yang terus menjadi tanda tanya,
MH17 ditembak jatuh...
Hujan lebat,tanah runtuh..
Banjir besar di Pantai Timur..membawa impak seolah tsunami genap 10 tahun dulu..
Dalam siap siaga kita dalam keupayaan manusia,tidak akan mampu melawan ketentuan Allah s.w.t
Balik ke kampung pasca bah besar ini, dengan melewati kawasan yang teruk terjejas seperti Kuala Krai dan Gua Musang,memang terasa kerdilnya kita disisi Tuhan.Tidak terjangkau dek akal,dari mana datang air yang boleh menghapus bangunan 4 tingkat..
melihat rumah2 dan bangunan musnah di sepanjang jalan..hati tertanya apa yang Dia cuba berbicara dengan kita?
Sayu melihat anak2 kecil menunggu ditepi jalan,kalau2 ada bantuan untuk mereka...
Allah,Berat sungguh ujian Mu buat mereka...
Moga mereka diberi ketabahan dan kesabaran dan digantikan kehilangan mereka dengan yang lebih baik.
Dan Doa aku,mereka juga akan pulih emosi utk mencari jalan keluar dan tidak hanya mengharap bantuan dari misi kemanusian...hidup perlu diteruskan...dan Allah selalu ada utk kamu dan utk kita semua...

Subscribe to:
Posts (Atom)