Bila usia dah nak masuk 3 abad ni,
aku tau..aku dah terlalu amat tua..dan terlalu lambat sedar yang aku perlu tahu keadaan /isu semasa..
Apa yang sebenarnye berlaku di keliling aku...
Malangnya...semakin aku rasa aku perlu tahu..
semakin banyak aku baca..dengar..
makin pening aku dibuatnya...
media yang "bias",
Info di internet,pelbagai info dari perlbagai source,dari sudut pandang yang berbeza..
Aku tidak cukup bijak untuk menyimpulkan apa pendapat mana yang benar ..pendapat mana yang salah..
Mungkin sebab itu anak muda ramainya terus memilih untuk tidak mengambil tahu..lebih mudah..
Tidak perlu berpening kepala...yangpenting ade kerj..boleh makan,ade tpt tinggal..boleh idup..
::dalam Quran diumpakan orang2 seperti ini seperti binatang ternak.....rasa kena pelempang bila membaca tafsir ayat itu..::
Apabila apa saja yang berlaku di negara ini..
Apa saja artikel yang aku baca..walaupun asalnya tidak ada kaitan dengan politik..
..pasti ada caci maki..hina menghina..kata2 kesat..
Orang2 yang menjadi penyokong agamawan..tapi menggunakan caci maki untuk mempertahankan diri atau memburukkan orang lain menjadi masalah/fitnah yang besar pada agama..
Mahu berdakwah..perlu berakhlak..sbb akhlak itu cermin agama kita..
Orang tidak tahu sedalam mana ilmu kita...tapi kalau dalam mana pun ilmu ..tanpa akhlak...sia2lah..
Kita bebas berbeza pendapat tapi biar berakhlak...biar kita pasti dengan apa yang kita kata...biar dari sumber sahih..bukan sekadar..HEARSAY..
Peringatan untuk aku...
Setiap apa yang kita kata...kelak mulut ini akan menjadi saksi di hadapan Allah..
Apa yang pernah kita perkatakan..dosa dengan orang takkan terhapus sehingga kita meminta maaf dari orang itu sendiri...
Andai ada salah kita pada orang..mampukah kita hendak memohon kemaafan ...
mampukah kita mencari orang itu saat dikumpulkan di Mahsyar dalam lautan manusia seawal Adam?
Mampukah??
Saat Demam PRU datang melanda..
bermacam cerita yang datang...
Namun Doa aku semoga Kelantan terus berteduh di bawah Pemerintahan Ulama..
Walau dalam jerit payah,dalam hina dina orang menghukum...hati kecil ini tidak mampu berbohong..
ISLAM tidak akan pernah kalah...