Selepas selesai umrah..waktu subuh telah hampir masuk..
Kami mengisi waktu senggang dengan sedikit sebanyak amalan sunat..
melihat kaabah juga satu ibadah...bosan membaca Quran..tgk je lah kaabah tu..
Manusia semakin ramai memenuhi ruang solat subuh itu..
Azan di laung 2 kali,sekali mengejutkan orang utk solat tahajjud..
dan sekali lagi untuk solat subuh...
Solat subuhnya tanpa Qunut...dan seperti solat2 lain disini,tiada zikir..tiada doa dari imam..
semuanya sendiri...cuma seperti biasa pasti ada solat jenazah..
Aku masih ingat2 lupa bacaan dalam solat jenazah..stress!tekad aku utk menghafal bacaan sepanjang hari itu...
Sejurus solat subuh,kami terus bergerak pulang.Kepenatan dari Madinah belum reda..
mata terkatup rapat..bila kepala di letak di bantal.Penat!..
Zuhur ke masjid seperti biasa sebelum pulang untuk mengambil makan tengahari.Panas terik!..
Asar...kami bersiap2 utk ke masjidil haram..
Tapi perkara yang aku takuti berlaku jua...
datang sudah tetamu tidak diundang..kekecewaan yang amat.
Mula menyalahkan diri..
Aku tak yakin bila amalkan doa ustaz,,
aku tak berdoa betul...
....
Memujuk diri utk tidak rasa bersalah...
Syukurlah,aku sempat menyelesaikan ibadah umrah..
tujuan utama aku ke sana...
Selepas didatangi tetamu tak diundang....
hari hari di Mekah berlalu sepi!..
Sungguh aku menyalahkan diri..
lagi makcik pula membandingkan dgn kawannya,,
Kawan amal doa yang sama...dia ok je sampai selesai tawaf wida...
Oh,lagi stress...
Aku hambaMu yang hina Ya Allah..
Imanku masih senipis bawang...Ampuni aku Ya ALlah...
Waktu2 solat di sana,bagaikan waktu hukuman untuk aku...
terkurung di bilik hotel,tidak bertingkap..sungguh bagai di penjara...
Aku belek2 tafsir Quran sesekali,digital tasbih ku tekan berkali2..
YA Allah..cepatlah bawa pergi tetamu tak diundang ini...
Mata bergenang ...rasa berdosa,,,berdosa tidak kuat meyakini kekuasan yang Esa..
Minumlah air rebusan kayu sugi,orang kata cepat habis..
bercawan2 aku telan...pelik rasanya..sudahnya perut yang memulas.
Bilikku tingkat 10.Aku gunakan tangga untuk naik turun,lagi exercise,lagi laju flow,
lagi cepat habis..aku bermonolog sendiri...pekerja hotel menunjukkan aku lif aku cuma senyum,pelik barangkali.Orang kampung mana yang tak tahu guna lif ni?..mgkn itu yang difikirkan...
Aku ulang berhari2...
dan setiap kali waktu solat,berdebar,,dah habis ke...dan setiap itu..pasti kecewa..
Ya Allah,berilah aku peluang untuk menjejakkan kaki ke Masjidil Haram lagi Ya Allah..
Berikan aku peluang untuk bertamu di rumah Mu lagi Ya Allah....sungguh,itu yang aku mahu waktu itu....
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Tuesday, 11 October 2011
Tuesday, 21 June 2011
Diari Umrah 1:Cakap Jangan Sebarang...
040611 1515 KLIA.
Segalanya lancar di KLIA,walaupun rombongan kami hanya masuk bila panggilan terakhir pesawat MH150 di panggil.
MAS seperti biasa menyediakan hospitaliti terbaik,duduk sekejap sahaja,makanan mula dihidangkan.Huh,makan ape pula ni,aku baru sahaja lunch sebelum berlepas tadi.
Tiba di lapangan terbang King Abdul Aziz,Jeddah.9 jam selepas penerbangan*aku rasa*,tetapi bila urusan imigresen selesai jam dah pun menginjak pukul 8 malam waktu tempatan.Selalu disini,imigrisen nye juga terlalu byk kerenah,lagi2 untuk kami gadis2 ayu yang tidak bermahram ini..*haks* tapi Alhamdulillah,segalanya selesai mudah.
Ingatkan segalanya lancar,tapi rupanya kesabaran kami sedikit diuji.....pihak airport telah menghantar sesetengah beg ahli jemaah kami ke platform lain.Kami terpaksa menunggu hampir 2 jam,baru lah beg2 kami dikembalikan semula.
Teringat pesan adikku sebelum berangkat paginya,
Selesai saja urusan kami di Jeddah,kami menaiki bas menuju ke bumi suci yang menyimpan jasad manusia agung,Rasulullah S.A.W..Madinah Al Munawwarah..Rasullullah juga telah mengisytiharkan Madinah sebagai Tanah Haram...
Oh,jgn bayangkan RNR nya sama seperti RNR Malaysia...di sana mereka masih dalam proses improvement dari segi fasiliti..syukur kita di sini berada dalam keadaan yang lebih baik...
Ketika menunggu urusan pembahagian bilik di Hotel Daurat Feroz,Azan subuh sudah pun kedengaran dari Masjid Nabawi...yang letaknya 100~200m dari hotel kami..
Sedikit terkilan kerana tidak sempat melaksanakan solat subuh di Masjid Nabi itu..
Nabi S.A.W bersabda...
Keadaan sekarang,musimnya sangat panas.Siang yang panjang dan malam yang singkat.Tak ubah seperti musim panas di Jepun dulu..Orang2 disini memulakan perniagaan mereka sebaik sahaja selesai solat subuh,berehat dari Zuhur ke Asar dan akan membuka semula kedai mereka selepas solat Asar.Oh,Naruhodou....kate aku..
Kami dihidangkan breakfast seawal jam 5 pagi.
Aku sedikit merungut...
"Makan lagi........."
Sebelum berlepas tadi aku dah makan nasi di KLIA Garden Food(Baru aku tau yang KLIA ade food court:P)...dihidangkan 2 kali nasi dalam flight utk dinner dan supper?.(ntah)..dan supper lagi di RNR..cukup menyebabkan aku mual melihat makanan...
"syukurlah,ade rezki kita..."kata makcik yang duduk semeja dengan aku...
Aku cuma tersenyum kelat.
*malu*...
Selepas sarapan,aku bersemangat untuk ke Masjid ..tapi memandangkan makcik aku tidak menunjukkan minat..aku hanya memendam rasa..sedikit bungkam bila aku diajak untuk melihat keadaan sekitar hotel kami..
"Aku nak gi masjidla,bukan nak gi shopping..."...hanya jeritan dalam hati saja.
Bila jam 10,barulah jemaah kami yang seramai 70 org itu dikumpulkan dan di bawa melawat Perkuburan Baqi' yang terletak bersebelahan masjid,perkuburan ini menjadi tempat persemadian isteri-isteri Rasulullah...dan sahabat2 lain...kami tidak dibenarkan masuk..ustaz memberi penerangan dan menceritakan sejarah ringkas di luar perkuburan itu.
Cuaca waktu itu sangat panas dengan kedaan kami yang tidak tidur semalaman itu...aku pitam sebaik sahaja ustaz menghabiskan penerangannya.Anehnya,aku antara jemaah termuda disitu,yang lain rata2 berpangkat makcik dan nenek2 pada aku...sihat je orang lain...hanya aku terpaksa dibantu makcik ke dalam masjid dan diberi minum air zam-zam...
Istighfar aku di dalam hati.Apakah aku telah melakukan sesuatu menyebabkan kemurkaan tuhanku..astaghfirullah..ampunilah aku Ya Allah....

"Jangan ingat,tuhan akan terima ibadat umrah kita dengan buat rukun2 umrah je, sebenarnya kat sana ujian yang lagi berat,ujian sabar..."lebih kurang begitulah....thanks dik,ingatkan..
Selesai saja urusan kami di Jeddah,kami menaiki bas menuju ke bumi suci yang menyimpan jasad manusia agung,Rasulullah S.A.W..Madinah Al Munawwarah..Rasullullah juga telah mengisytiharkan Madinah sebagai Tanah Haram...
Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam,Berhenti rehat di RNR ,Qadim untuk supper...
"Labbaikallah humma umrah.."
Oh,jgn bayangkan RNR nya sama seperti RNR Malaysia...di sana mereka masih dalam proses improvement dari segi fasiliti..syukur kita di sini berada dalam keadaan yang lebih baik...
Ketika menunggu urusan pembahagian bilik di Hotel Daurat Feroz,Azan subuh sudah pun kedengaran dari Masjid Nabawi...yang letaknya 100~200m dari hotel kami..
Sedikit terkilan kerana tidak sempat melaksanakan solat subuh di Masjid Nabi itu..
Nabi S.A.W bersabda...
"Solat di masjid ku ini 1000 kali lebih baik dari solat di tempat lain
kecuali Masjidil Haram"
(Riwayat Imam Ahmad&Tabrani dari Abu Hurairah R.A)
Keadaan sekarang,musimnya sangat panas.Siang yang panjang dan malam yang singkat.Tak ubah seperti musim panas di Jepun dulu..Orang2 disini memulakan perniagaan mereka sebaik sahaja selesai solat subuh,berehat dari Zuhur ke Asar dan akan membuka semula kedai mereka selepas solat Asar.Oh,Naruhodou....kate aku..
Kami dihidangkan breakfast seawal jam 5 pagi.
Aku sedikit merungut...
"Makan lagi........."
Sebelum berlepas tadi aku dah makan nasi di KLIA Garden Food(Baru aku tau yang KLIA ade food court:P)...dihidangkan 2 kali nasi dalam flight utk dinner dan supper?.(ntah)..dan supper lagi di RNR..cukup menyebabkan aku mual melihat makanan...
"syukurlah,ade rezki kita..."kata makcik yang duduk semeja dengan aku...
Aku cuma tersenyum kelat.
*malu*...
Selepas sarapan,aku bersemangat untuk ke Masjid ..tapi memandangkan makcik aku tidak menunjukkan minat..aku hanya memendam rasa..sedikit bungkam bila aku diajak untuk melihat keadaan sekitar hotel kami..
"Aku nak gi masjidla,bukan nak gi shopping..."...hanya jeritan dalam hati saja.
Bila jam 10,barulah jemaah kami yang seramai 70 org itu dikumpulkan dan di bawa melawat Perkuburan Baqi' yang terletak bersebelahan masjid,perkuburan ini menjadi tempat persemadian isteri-isteri Rasulullah...dan sahabat2 lain...kami tidak dibenarkan masuk..ustaz memberi penerangan dan menceritakan sejarah ringkas di luar perkuburan itu.
Cuaca waktu itu sangat panas dengan kedaan kami yang tidak tidur semalaman itu...aku pitam sebaik sahaja ustaz menghabiskan penerangannya.Anehnya,aku antara jemaah termuda disitu,yang lain rata2 berpangkat makcik dan nenek2 pada aku...sihat je orang lain...hanya aku terpaksa dibantu makcik ke dalam masjid dan diberi minum air zam-zam...
Istighfar aku di dalam hati.Apakah aku telah melakukan sesuatu menyebabkan kemurkaan tuhanku..astaghfirullah..ampunilah aku Ya Allah....
Subscribe to:
Posts (Atom)