Saturday, 20 August 2011

DU 8 Tawaf....

Setelah 8 entri diari umrah..barulah masuk betul cerita psl umrah.Huih..SLOW!...
____________________________________________________________
Dari Saraya Ajyad,hotel tempat kami menginap...kami bergerak ke Masjidil Haram dengan menaiki 'bas tunja' a.k.a...jalan kaki...Masjid terletak mungkin dlm 200~300 m dari Masjid.

Kami berhenti sekejap di depan Masjidil Haram,sebelum ustaz menerangkan tanda2 aras jalan supaya tidak sesat nnt..ada bermacam2 kisah orang sesat dalam masjidil Haram ini...sepanjang ustaz memberi penerangan,
Mata aku terpaku pada binaan Masjidil Haram...pada aku sgt hebat dan unik

Kami memasuki masjidil haram menuju ke kaabah untuk menunaikan rukun kedua umrah selepas niat,iaitu tawaf.

Apabila Kaabah betul2 jelas di depan mata,kami semua berhenti...berdoa...
Waktu melihat kaabah pada pandangan pertama adalah antara waktu yang makbul doa.

Bila aku teringat cerita ustaz.. aku istighfar berkali2..risaunya....kerana jiwa aku betul kosong....mungkin sekadar" eh ,kaabah laa..."
Oh hati...sungguh aku rasa hina waktu itu...
"Astagfirullah hal a'ziim,Ya Allah..apa dosa ku Ya ALlah..kerasnya hati ku ini Ya ALlah...Ampuni aku Ya Allah.....Ampuni aku Ya Allah....."

Kaki melangkah mendekati kaabah...dalam kumpulan...kami di minta berkumpul di satu tempat setelah tamat 7 pusingan..syukur waktu itu orang tidak ramai...kata orang yang pernah pergi...bagi aku manusia cukup ramai,dengan matlamat yang satu....matlamat menyempurnakan ibadah kepada Allah s.w.t...

makin lama aku berpusing,makin sikit ahli jemaah di hadapan aku...pada pusingan ke 7,aku dah terlupa...6 ke 7 ni....di sebabkan itu kena ambil yang sedikit...aku pusing satu lagi pusingan...masa tu mmg aku tak nampak langsung ahli jemaah yang lain..aku tawakkal je dalam lautan manusia tu...Ketika aku sedang berada di penjuru Hijr Ismail...(kawasn Hijr Ismail tidak boleh masuk masa tawaf ye..batal nnt tawaf),aku di sapa dari belakang...

Nak kucup hajar Aswad tak?...

Nak!
Spontan pula jawapan dari mulut aku...
Ni mesti pengaruh dari buku tulisan Professor Kamil ,Travelog Haji ...yang berusaha mendapatkan peluang untuk mencium hajaratul Aswad....

Ish...takkanlah Allah nak hantar malaikat pula nak bantu aku kucup hajar Aswad ni...
bisik aku dalam hati gelakkan diri sendri yang perasan....

Rupernya yang menyapa aku waktu itu adalah cewek2 Indonesia...aku kira umur mereka lebih muda dari aku...

Aku tamatkan pusingan terakhir,kemudian aku diarah mengikut mereka...
Aku macam lembu ditusuk hidung..aku ikut sahaja waktu itu....

Aku tiba-tiba di 'Sandwich'kan...seorang lagi tiba2 menghimpit aku dari belakang....mereka menolak dan merempuh orang lain yang berusaha untuk mencium hajaratul Aswad...Tiba-tiba kami terstuck lama dihadapan multazam...kawasan antara pintu kaabah dan hajaratul Aswad..

aku berdoa di situ...

sebelum mereka berdua menggerakkan aku betul2 dihadapan hajaratul Aswad..
Aku pegang bingkai hajaratul aswad yang berwarna silver dan terus pusing ke belakang...

Eh bukan yang itu..yang hitam tu...kucup....kucup batu yang hitam tu...
jerit Cewek Indon yang membantu...aku...
Lorr....bodohnye aku......betapa datang tanpa persediaan.....

Aku kucup sekali....kemudian 2 kali setelah disuruh oleh mereka...

Mungkin mereka tu pun tension,ape ke hal la budak ni blur sgt....

Alhamdulillah...
Perasaan selepas mencium hajaratul Aswad sangat gembira...
Aku peluk mereka yang telah membantu aku tadinya..

Aku dibawa minum air Zam-zam,dan terpandang Ustaz yang mengiring kami dari jauh..memandang aku...mungkin aku seorang yang belum berkumpul...
Saya nak solat sunat tawaf....aku memberitahu mereka...

kemudian mereka berdua membiarkan aku solat sambil duduk disamping aku...

selepas solat dan doa...aku lihat ustaz sudah melambai2 dari jauh..aku tepuk bahu mereka dan berlari ke arah Ustaz....

"kawan baru?.."

Tanya Ustaz...

Entahlah,tadi saya tgh tawaf tiba-tiba diorang tanya nak cium hajar aswad ke tak....

Jawab aku jujur...

Habis dapat cium?


Dapat..
Aku senyum lebar..

Spek tak pecah pula...
Tak,..diorang pegangkan...

Diorang tak minta duit?
Aik..sedikit terkejut dengan soalan itu....

Tak de pun....

Cerita Ustaz....
Dia sudah lama memerhatikan aku dari jauh...
Dia melihat aku seolah di kepung oleh 3 orang gadis...

Sebab tu lah dia menunggu aku di situ..
Cerita ustaz lagi..

Sebenarnya,mmg ada sindiket yang membuat begitu ..
Kata orang pelajar Indonesia di sana,wallahuallam..

Selepas dapat mencium hajar Aswad...mereka akan meminta duit upah....

Aku...Alhamdulillah nasib baik Allah menampakkan ustaz keadaan aku masa itu...

Bila aku bercerita,makcik aku pun membuka cerita yang dia pernah terkena waktu menyempurnakan haji pertama kali dulu....

Alhamdulillah..wasyukurillah.....

Langkah Ustaz aku turuti ,menuju ke arah jemaah lain yang sudah berkumpul..





Sunday, 14 August 2011

DU 7 Tanah Haram

Salam,

Quiet a long break after Du6.
Sorry.

Usai solat zuhur 7th June,jemaah kami di arah bersiap berpakaian Ihram.
Kami akan bergerak menuju ke tanah haram yang kira2 8 jam perjalanan.

Bas kami bergerak lebih kurang jam 3.Singgah sebentar di miqat,Masjid Bir Ali yang terletak di Dzulhulaifa untuk niat umrah dan ihram ,solat sunat Ihram dan seterusnya solat Asar yang kebetulan masuk bila kami berada di sana.

Dari Bir Ali,kami bergerak menuju tanah suci Mekah.Ustaz menasihatkan kami untuk tidak lagi berbual2 kosong,tetapi banyakkan bertalbiah,berzikir baca Quran dan sebagainya.

Jemaah akur,
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ , لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ , إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ , لاَ شَرِيْكَ لَكَ .
"Labbaik Allahumma Labbaik,Labbaika la syarika laka labbaik,Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulk la syarika lak"

“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu”.



Lafaz talbiyah memenuhi segenap ruang bas,hingga suara suara jemaah sayup2 hilang di telan kepenatan barangkali.

Niat untuk turut serta jemaah lain memejamkan mata aku batalkan,dek kerana mata aku yang masih belum bersedia utk di pejam.

Sekali aku belek terjemahan Quran di tangan,sesekali mata ku biarkan ke luar tingkap bas.Subhanallah, MasyaAllah...penciptaan alam adalah satu tanda kebesaranNya untuk orang yang mahu berfikir.


Jam hampir menginjak 11 pm.Ustaz mengejutkan kami semua....entah bila aku terlelap.
Jemaah sekalian,kita telah pun masuk ke tanah haram....ustaz bersuara di microphone.
Talbiyah kami sambung hingga ke depan hotel.

Urusan hotel agak lambat,selepas pembahagian bilik ,kami semua berkumpul di lobi untuk bergerak ke Masjidil Haram.

Mungkin kerana kepenatan,jiwa aku sedikit kosong.

Kata ustaz,bila masuk nanti ke Masjidil Haram,tundukkan pandangan,biar di hadapan kaabah baru pandang ke depan.Istighfarlah banyak2 kalau bila pandangan pertama melihat kaabah,kita tidak rasa apa2....


Aku?....





Thursday, 4 August 2011

Ramadhan Datangg Lagi....!!

Salam kawan2,

4 Ramadhan sudah,cpt juga masa berlalu...

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berbuka puasa..

eh...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK,
MARILAH KITA SAMA2 MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAH
SEBAGAI BEKALAN KE ALAM ABADI>>.


.......nak buat amal ibadat senang....nak istiqamahhhh=(.........ganbarouuuu minnaaa........

Thursday, 28 July 2011

DU 6;Selamat tinggal Madinah..

7th June.

Hari itu hari terakhir kami di bumi Madinah.
Selepas Dzuhr kami akan berangkat ke Mekah.

Dalam taklimat akhir,petang semalamnya...Ustaz menyentuh tentang ziarah Wida.
Ziarah terakhir ke Makam Rasulullah,untuk mengucapkan selamat tinggal.
Menurut Ustaz,ada travel agency yang mewajibkan jemaah mereka utk melakukan ziarah Wida..tp menurut Ustaz,tiada dalil kuat yang menyokong.Jadi Ustaz memulangkan keputusan kepada kami,kalau nak dan berkelapangan...pergilah....
Selepas subuh,pagi itu..aku beria bersemangat utk menziarah...maklumlah entah bila datang lagi...

Tapi jemaah yang subuh yang ramai,menyebabkan aku terpisah dengan makcik aku...
Marah betul makcik aku,dengan aku...
"Itulah...takut2 sangat...nak langkah orang semayang takut..."(lembik lah ko.....!)..
"pergi beli telefon lah..."dah dia mengungkit benda lain....
huhu..lek la mkcik...aku tau dia marah2 sayang tu..risau anak buah die ni hilang....
nak menjwb ape ngn parents aku kan...hehe..

aku dah menunggu..10-20 min...ape lagi...aku terus la blk hotel...cari pakcik aku...
pakcik aku je simpan no mekah makcik aku...aku nye hP mmg terus kong..lupe nak roaming before pergi...kalau emergency mcm tu...ssh juga lah kan....

Rungutan Makcik aku,aku biarkan saja.....diam..membisu seribu bahasa....huhu...

Hurm,,,before aku pergi aritu..ms aku balik kampung...adik aku ada bacakan hadith...
......antara perkara yang kalau kita tahu betapa besarnya dosa kita takkan buat.....aku tak igt matan die mcm mana....tapi salah satu dari 3 perkara yang die sebut....adalah melintas depan solat....".....kamu sanggup menunggu seribu tahun dari melintas dpn orang solat..."terngiang2 kat telinga aku bila aku nak melangkah tiba2..orang tgh solat...lagi2 kalau orang tgh sujud..sbb tu lah aku lambat sgt....

tadi..aku search la sikit2 pasal lalu depan orang solat ni....
pastu aku jumpa ini...

Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :-

لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً

Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]

Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :-

إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ

Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]


Lanjut KLIK [SINI]

No wonder lah,ade sorang yang aku jumpe masa nak solat di Raudhah rasanya..makcik tu tgh solat...tiba orang nak lalu depan dia....dia angkat tangan kiri die ke depan.......menghalang orang lalu...kepala dia terus mengadap kiblat......mmg ptt pun. buat pun gitu rupernya.....

Ada blog yang aku baca...larangan ini meliputi Masjid Nabawi dan Masjidil Haramm...ye lah,dulu2 masjid ape yang ada pun....

Jangan biarkan diri kita yang nak mencari pahala...tapi kita melanggar pula larangan Allah...sudahnya....dosa pula yang bertambah....Na'uzubillah....


Bergambar berlatarkan Masjid Nabawi.....

Thursday, 21 July 2011

Demam Rindu....

Demam Rindu DEMAM SELESEMA.

Break DU dulu...cerita diari harian aku pula...

Dulu2..aku selalu terasa....Allah tak sayang aku....sebabnya....
orang kata....tidak akan beriman seseorang hamba kalau tak di uji...
Aku terfikir ,apa la sangat yang pernah diuji....kalau study...
ALhamdulillah....lepas giri2 je...agaknya aku ni suka ala kadar je...
tak de nak aim tinggi2 macam orang lain.....asal lepas sudah......jadi nye aku kurang stress study berbanding orang lain...kecuali sekali je kot....masa final exam 3 nen,nak masuk 4 nen...aku tak lps 1 paper...orang lain sume lepas paper tu...

Kalau bab bercinta....aku tgk org putus cinta boleh turun berpuluh kg..aku lek jer melantak...walaupun org tu bgtahu minggu ni mintak break,minggu depan ckp dah nak kawen bulan depan....mungkin sbb aku tak cinta gila ngn orang tu kot...or mgkn aku da agak kitorg nye cerita takkan ada happy ending,sejak ktrg mula rapat lagi....haha..boleh cmtu...ntahlaa...

Pastu..orang kata juga,sakit kan kifarah dosa......aku ni selalu tukang jaga orang saket...keje wat bubur utk orang saket....tapi tak pernah pula aku rasa bubur org msk utk aku masa saket....sbbnye aku jarang sgt saket.....yg aku igt,demam paling teruk pun masa form 3, lepas habis MSSJ softbol....masa tu je aku igt rasa perit demam....lidah pahit...sume benda tak sedap..pergi klinik siap tertido lagi kat tempat menunggu tu....
Yang lain2 tu batuk2,selesema sket...yang aku jarang amek ubat pun....
Aku ni tak suke mkn ubat...aku bkn bdk kecik,sbb ubat tu tak sedap ke ape....tapi aku tak percaya yang ubat ni boleh menyembuhkan penyakit...or mengurangkan saket aku...sbb aku igt...kalo ubat,sekali telan terus hilang ...tapi tak pernah lak aku mkn ubat jadi cmtu...
so,kalau ubat...aku mkn sekali dua...tak kurang gak..aku biar je,die baik sendiri..mls nak telan2 ubat lagi....
Tapi aku pernah kena marah dgn seseorang...Ubat kan ikhtiar!!...

Dan saat aku menulis ni,air hidung menitik2,,,tekak aku rasa nak cabut taruk kat luar je...telinga pun sama....gatal!...
Kepala denyut2 sikit esp bila batuk....

Jadi,aku yang selama ni mintak sangat nak sakit(Na'uzubilllah)...patut rasa bersyukur@istighfar...tuhan menguji manusia sekadar dgn kemampuannya.....so,..
.patut mengucap tasbih,tahmid dan bertakbir memuji dia....moga2 sakit2 yang kecik ini...betullll...menjadi kifarah dosa.....

Tuesday, 19 July 2011

DU 5: Ladang Kurma....




Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya Bukit Uhud adalah bukit yang mencintai kita iaitu orang-orang mukmin dan kita juga memang mencintainya.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 2467


Bukit Uhud kami tinggalkan....

Destinasi seterusnya,ladang kurma...
Pokok Kurma

Terbayanglah aku yang kami akan di bawa ke satu ladang,yang kami ini boleh memetik kurma dari pokok2nya...over kah imiginasi aku??....
Tapi bila aku sampai...inilah rupa Ladang Kurma itu....

Maka di sinilah aku mengabihkah sebahagian duit untuk membeli belah..kalo di bandingkan dgn Bukit Uhud,kat sini lagi mahall...tapi kualiti nya lebih baikla kata orang...tapi terpulanglah...bila makan..same je aku rasa..
Kalau di Uhud,Kurma nabi@ajwa yang aku beli SR70/kg-oh aku dpt diskaun 5SR..jadinya SR65,
Kalau di sini,SR80...oh ye,ladang kurma bukan satu..tp bykk..ikutlah pakcik bas tu nak bwk gi mane....

Oh,kenapa beria sangat kurma nabi ni..??sebab kat Malaysia mahal ke?....kata pakcik aku kat Malaysia...RM250/kg pun pernah cecah...pada bulan puasa.
Kurma nabi ni...di namakan kurma nabi pun ada kisah juga...tapi aku tak berani nak bercerita kat sini,sbbnya...kisah yang aku dgr dan apa yang ditulis kat oleh professor google tak sama....
yang pastinya ada kisah2 yang digariskan mengenai khasiat buah kurma nabi ini....

jadi...korang pandai2 lah tanya org yg lebih tau..

Bumi Madinah mmg terkenal dgn kurma nya,manakala di bumi Makkah terkenal dgn air zamzam...maka kurma mmg patut di beli di sini.....kata Pakcik aku...orang Makkah menganggap kurma tu mcm makanan mewah...

Pakcik aku,yang dah kali ke 3 menunaikan umrah,,,dtg kali ini dgn 1 agenda lain...eh,jgn fikir bukan2....agenda mencari pahala lebihla...dari malaysia dia beli plastik kecil2...nak buat ape la...aku fikir...rupenye dia nak bersedekahh.....(kagum juga aku dgn pakcik aku..semoga Allah menerima baik amalannya itu..)...

2 kg kurma yang dibeli oleh Pakcik,kami pek kan 2 biji/plastik..ckp muat utk plastik comel itu..kmdn kami stapler kan...
Plan pakcik aku,bila buat saie nanti die nak bahagikan pada orang2 yang di Mekah nnt....bersemangat die...merancang..."nnt kita bagi sikit2 sorang kita bahagi2 kan ye...."...
Tapi manusia kan hanya mampu merancang....dan perancangan Allah jualah yang sebaiknya...

Sebelum Dzuhr menjelang...kami telah pun selamat tiba di hotel,utk bersiap ke Masjid Nabawi..

Selepas Asar petang itu,kami dikumpulkan semula di dewan makan,hotel....
Taklimat untuk mencapai matlamat utama kami....sedikit refresh dari beberapa siri kursus umrah yang aku hadiri,sedikit peringatan dari ustaz tentang perjalanan esok hari...

Mula rasa dada berdebar2....esok ke.....boleh ke aku buat ni....risau!...

Tuesday, 12 July 2011

DU 4:Jabal Uhud

Dari Masjid Quba kami di bawa ke....kawasan perbukitan(erk...ade ke?)..Bukit Uhud..
Beberapa kali ustaz mengingatkan kami,ziarah kita ke bumi Madinah ini adalah untuk mengambil ibrah dari sejarah umat Islam terdahulu dalam menegakkan panji2 Allah dan bermuhasabah diri,apa pula yang telah kita lakukan selama hidup kita hari ini untuk agama Allah .

Aku terfikir sendiri...Mampukah dengan keadaan kita hari ini,usaha kita selama ini utk diganjarkan syurga di akhirat kelak?...hurm......



















*Gambar aku dan makcik berlatarkan Bukit Uhud*

Bukit Uhud mengukir sejarahnya sendiri..menjadi tempat syahid 70 syuhada dalam peristiwa perang Uhud yang berlaku sekitar 3H.Golongan kafir memang menyimpan dendam kesumat utk mengalahkan umat Islam setelah mereka kalah dalam Perang Badar sebelum itu.
Kafir musyrikin terdiri daripada 3000 orang diketuai oleh Khalid al Walid dan tentera Islam pula 1000 tentera.Semasa perang ini,Rasulullah telah mengarahkan pasukan pemanah utk bertahan di atas bukit dan mereka
tidak dibenarkan untuk turun dari Bukit walaupun menang atau kalah sehingga di arahkan utk berbuat demikian.
Malangnya,tentera Islam melihat keadaan kafir yang goyah di tgh pertempuran menyangka,mereka telah menang...hanya beberapa orang sahaja yang kekal bertahan di atas bukit..yang lain telah turun utk mengambil harta rampasan perang....mengikut hukumnya,harta rampasan perang akan menjadi milik peribadi orang yang mendapatnya....

Menyedari keadaan ini,tentera pimpinan Khalid Al Walid telah berpatah balik ,mengelilingi bukit dan menyerang tentera Islam dari belakang.

Tentera Islam kalah dalam peperangan ini..antara shabat besar yang terkorban syahid adalah..bapa saudara nabi sendiri,Sayyidina Hamzah,Singa Allah .Beliau telah dibunuh dan dibelah dada dan diambil hati beliau oleh orang suruhan Hendon,Wahsyi .Hendon berdendam kerana Sayyidina Hamzah telah membunuh bapanya semasa perang Badar.

Antara pengajaran yang boleh diambil adalah..Allah tidak akan menurunkan pertolongan apabila kita melanggar perintah Rasulullah s.a.w..jelas ustaz diakhir penerangannya tentang kisah Uhud.

Setibanya kami di Bukit Uhud,kami dibawa menziarahi makam syuhada pahlawan Uhud.
Kami mengucap salam & membaca doa dibawah pimpinan Ustaz...

Ini gambar kami berlatarkan Makam Syuhada..makam mereka di pagar.Dari 70 syuhada,hanya beberapa makam yang ditanda .












Sebelum meninggalkan Buki Uhud,kami sempat 'melontar' di gerai2 sekitar situ.
Buah kurma,kacang2,habbatus sauda etc...harga disini agak murah... sini gambar aku ini di ambil didepan gerai yang menjual Bunga Kembang Semangkuk...khasiat nya utk orang senang bersalin kata makcik aku...kat Malaysia takda...beria makcik aku promote...disebabkan itu..aku beli juga walaupun tatau nak bagi sapa...huhu..