Tuesday, 2 August 2016

Dulu dan Kini





Indah kan zaman kanak-kanak dulu buat anak kampung seperti aku.
Main tenteng
Main getah.
Main baling selipar.
Main sorok2
Main polis-pencuri.

Panjat pokok-seberang alur sungai.
Memancing.

Dulu zaman kanak-kanak yang bebas berlari ke sana ke mari,
sepetang yang hilang,sampai ma tercari-cari.


Anak-anak kini?
TV.
Tablet /HP.

Kesian mereka.

Hujung minggu lepas,ada kenduri sepupu kesayangan di Changkat Jering,Perak.
Kami disediakan dengan sebuah Homestay di Bukit Gantang.
Penuh suasana kampung.

Masa ini kami ambil peluang mengajar anak-anak sepupu bermain ,permainan tradisional.

Kami yang tua ini terpaksa tunjukkan demo pada mereka.
Main teng -teng--kalau di Kelantan kami panggil "Dekcok".

Lihatlah bagaimana mereka bermain.
Lucu!
Hendak angkat kaki pun mereka tidak reti, kesian!


Selepas tu kami main baling selipar.

Gambar sekeping pun tak terambil.
Seronok sangat kami bermain.

Esoknya aku bertanya anak sepupu kecil.

Yang mana lebih seronok.."teng-teng" atau "baling selipar"

"Dua-dua seronok" katanya.

"Mana lagi best,main telefon atau main diluar?"

"Main diluar!"

Gembira!dengan janji perlawanan kami akan diteruskan lagi.

Kemenangan untuk kumpulan 1-
Kumpulan 2<--kumpulan makcik="" p="" tua.="">
Eleh.Sengaja kami bagi mereka menang..:P

Dengan jawapan sepupu kecil,

aku tertanya sendiri.

Apabila kita berkata--->eleh budak-budak sekarang ni ,reti main telefon je..masa dulu aku itu..aku ini...

Adakah kitalah yang sebenarnya memusnahkan kenangan itu?

Adakah persekitaran kita yang sebenarnya telah berubah tanpa kita sedar?

Adakah kadar keselamatan kita semakin membimbangkan sehingga kita lebih suka anak-anak kecil kita sering dihadapan mata...?

Entahlah,
Entah apa penyelesaian nya.
Dulu,

Berubah,

Mengubah ,

atau

Diubah.

Entah!,

Yang pasti,
Kini tidak akan sama lagi dengan dulu.


Rindu waktu yang tak akan kembali.
Mungkin detik ini juga akan dirindui pada suatu waktu masa depan nanti.

Jadi ,usah pandang belakang selalu,
Hargailah detik dan saat ini kerana ia juga akan dirindui.

Saturday, 30 April 2016

Solat.

32 tahun kehidupan didunia ini,
Bak pesan ayahanda sewaktu meninggallkan rumah dulu,
Berhati-hatilah berkawan...walaupun aku bukan memilih kawan ,tapi mungkin doa ayah ITU makbul...yang dtg kepada aku,yang dekat dengan jiwa cuma insan yang dekat dgn Allah...

Cuma akhir2 ini, berada dalam kelompok yang berbeza...
Aku jadi umpama orang yang asing...
Asing seasing2nya...

Hati resah resah.. orang2 yang baik dengan manusia...tapi jauh dengan Allah...

Sayang pada rakan.....tapi tidak tahu cara menasihati...

hanya hati kecil yang menjerit sendiri...

berhiburlah sesuka hatimu..berhiburlah..

tapi jagalah solat mu

kerna kerna tidak solat sahaja,habis gugur amalan lain tak dikira..
bukan solat kerana  aku...aku tidak punya kuasa utk menyelamatkan kamu Di yaumul mahsyar..

Solatlah kerana dia,Allah yang memberikan kita kehidupan ini...
Solatlah,kerana aku pernah melihat azabnya kematian seorang yang tidak bersolat...

Solatlah..dengan Nama Allah...kerna neraka Saqar janji Allah utk mereka yang tak bersolat..


Namun,semuanya tersekat Di kerongkongan..

Akhirnya tinggal Dia tempat aku mengadu memohon doa,meraih simpati..moga mwreka diberi petunjuk untuk kembali ke jalan ini... moga hati aku tetap atas agama yang benar ini...



Janganlah nanti saat amal dihitung,akhirnya aku diheret ke Jahannam kerna tidak berpesan2 kepada kebenaran.....


 wa 'iyazubillah..

Friday, 5 February 2016

gomennasai..



たった小さなことでこんな傷になって信じられない。。

昔のこと一つ一つ頭に出て、悲しいけど怒りたいで涙が出ちゃった。。
自分がかわいそうと思った。。

なんやねん。

君の健康を祈っているよ。。

けど、前の私を戻るのがやっぱり時間が掛る。

その日まで、自分の気持ちを頑張って修正する。
その日にもし私がこの世にいるなら、
コーヒー又お茶でも行こうね。



Saturday, 9 January 2016

Gajah di depan mata

Ye.
Nampak kuman di seberang laut,
tapi gajah di depan mata pun tak nampak.

Aduh.
Mungkin dilema usia menjejak 30an.
Walaupun hakikatnye tidak ada apa yang berbeza.
Secara umumnya ,bila usia dalam 30an, bermaksud kita telah melalui separuh dari seluruh kehidupan.
(talking about average age)

ada 30 thn lagi sebelum bersara.
(Kalau tak di jemput awal)
wow!.

Dalam usia yang begini,persoalan persoalan kehidupan mula timbul.
Apa yang aku dah capai dalam hidup.
Apa yang boleh di banggakan?

Mula bekerja pada usia 25 thn,which is agak lewat aku rasa..
Tapi sepatutnya usia 5 thn bekerja telah memberi cukup ilmu utk kita menjual diri di syarikat2 lain.
Tapi sejujurnya,even di tempat aku bekerja sekarang,aku tidak dapat melihat potensi diri yang sebenar,
Adakah aku sebenarnye tidak kenal diri sendiri?
Atau adakah disebabkan aku sentiasa membandingkan diri dengan orang lain,dan menyebabkan rasa rendah diri?

Aku rasa aku bekerja tidak effective & tidak Productive.
Banyak melakukan kerja lebih masa kerana kegagalan menyiapkan kerja dalam masa yang sepatutnya.
Kurang tumpuan dan kurang teliti semasa bekerja,menyebabkan berlaku kesilapan2 dalam menyiapkan report dsb menjadikan masa yang diambil utk sesuatu tugasan adalah lebih panjang.

Tidak berdaya saing,membandingkan diri sendiri,melihat diri kurang baik dari orang dan sentiasa merasakan diri tidak berguna pada syarikat dan sibuk memikirkan hendak berhenti kerja daripada memikirkan bagaimana untuk mengubah diri sendiri menjadi lebih baik.

Tidak merancang sebelum melakukan sesuatu tugasan,menyebabkan tugasan yang dilakukan tergantung ,tidak jelas dsb.

Tidak tahu apa kelebihan diri sendiri menyebabkan rasa stress yang teruk.

Yang lebih teruk,

Tidak tahu apa yang dimahukan dalam hidup pun.

______________

Bila berkongsi cerita dan perasaan,one of my friend told me...
Kau dah sampai Mekah,dah ada kereta,dah dapat kerja kat tempat yang baik .
Bukan ke itu satu pencapaian?

______________

ye ke?
______

Mungkin hidup hanya utk diri sendiri sahaja.
Terlalu '"Free" sampai ada waktu utk berfikir begitu?
___________

Perlukah kita lebih positif?
Apa langkah yg sepatutnya diambil.?
Bersyukur dengan apa yang kita ada?
Mencari kebaikan pada diri sendiri...sebelum melihat kelebihan orang lain..
nobody  is perfect ma..














Hargai Selagi Ada...

Ayah dah bersihkan laman rumah, da tempah catering n khemah utk kenduri aku, da siapkn list utk bg kad jemputan. Di akhir2 hidupnya pn nk buat sesuatu utk aku. Cuma yg aku terkilan n menyesal sgt xdpt nk blk kg celebrate bsday die yg terakhir. Kpd sume yg msh ade mak ayah, tlg jgn teragak2 utk buat sesuatu yg bole buat dorg hepy. Already missed him so much :(

A post from a colleague that burst my tears.
Al-Fatihah utk ayahnya...Yang telah dijemput pulang dengan asbab kemalangan jalan raya...
moga rohnya  di tempatkan dikalangan orang beriman.

Peringatan untuk aku yang agak susah mendail no ma atau ayah di kampung.
Terasa jelik n pelik utk menalifon sekadar bertanya khabar.GILA.
Tidak seperti masa belajar dahulu,kadang2 sampai 2,3 kali sehari menalifon.
Ada saja cerita utk diceritakan ..sampai kadang2 tiada siapa yang mahu bercakap denganku...
Sekarang segalanya berubah...menjalani rutin sama setiap hari..tiada apa yang menarik untuk dikongsi...

Tidak seperti kawan2 lain yang rapat denganku...ke mana2 sahaja mesti meminta izin..
Aku rasanya jarang sekali menggunakan ayat soaalan.. "Boleh ke nak ke...?."
Selalunya ayat penyata..."Hari tu pergi ...".
Bahkan pergi umrah sekali pun..."Orang nak gi umrah..."
Bahkan melanjutkan pelajaran ke Jepun....walaupun ma sedikit berat...aku tetap dengan pendirian.Degil!.
Sejak masuk sekolah asrama tingkatan 1..sejak itu..tiada lagi ayat meminta izin..
Entahlah...adakah ma & ayah terasa dengan tindakan aku selama ni?......

Cuma ada satu ayat yang jelas diingatan...aku lupa bila..tapi rasanya selepas aku balik dari lawatan sekolah ke terengganu...
"Hurmm...dah balik baru bagitahu....."

Terasakah ma masa tu...?
Sekarang semua itu sudah mendarah daging..sudah jadi sebahagian dari kehidupan aku..
harap2 nya semua itu sudah kebiasaan...bukan lagi satu perkara yang mengundang rasa sedih hati..







Family or friend?

Growing older day by day,

I realize what shall be prioritize.

I grew up among friend,longer than my own family.
Leaving home at age of 13, I feel close to my friend rather than my own family.

But now I understood that friends is temporary they can come color your life ,left some memories then leave but family is forever..





Thursday, 15 October 2015

Wamakaru Wamakarallah...Wallahu khairul Maakirin.

many people say,no plan is a planning to fail.
sometime things just pop up..

out of your plan...

wamakaru wamakarallah...wallahu khairul maakirin.


U plan,
He plans...and He is the best planner.

Lets just pray  for HIM to guide u to the best way.


 Wish me the best for tomorrow.

Perhaps it will be a start to a new journey of my life.



Saturday, 13 June 2015

Negaraku

Tataulah kenapa,
I feel sooo disappointed with what happen to our beloved country.
Semua nampak pelik,
semua nampak salah..
masing-masing nampak macam ade personal agenda.
Nampak tak fikir pun pasal rakyat.

Rasa  swdih pilu je

Harap2 keptusan DU adalah keputusan utk cari redha Allah je..
cari redha manusia??
x payah ..x kan ade semua yang bersetuju dgn kamu..


Saturday, 2 May 2015

1st solo trip

haha...
best tak?

erm.. ssh nak cakap..
bolehla..mgkn lg best kalau berteman sama gila..

tapi to make more friends, 
to explore more..maybe solo trip is better..

I don't know what kind of face, I have..
sampai everyone look very sorry when I said I'm  alone..

in fact the tourist guard the people who are with me give extra attention to me..

linda r u ok,?
she is alone please give her special price..


do I look that weak?

Sunday, 12 April 2015

just let me walk alone

i made the decision...
which less choosen..

it is not easy to come to this conclusion...that..

there will be time that nobody can be besides you..
But HE will never forget you..
then,why should you scare if HE is with you?

Therefore,do not feel sorry for me..
because it makes me hurt more...

Please trust me and pray for the best .







Thursday, 9 April 2015

Future Reminder


ini adelah peringatan utk tidak mengulangi perbuatan ini didepan kanak2 lain.

nasib baik masa std 1 
nk try join koir utk teachers day,cikgu just suruh keluar je tnpa ckp ape2..


br phm perasaan cikgu tu sebenarnye...:p

Tuesday, 24 February 2015

update & repost


i wrote this again after almost 3years.
finally her time will come in 2 month.
what a big suprise...
it suppose to be a good news for us two..
but thinking of our plan and ticket that we bought last month for this April trip..
the feeling is mix up..sad,frust?...
it feel like we are going to be apart forever..

 ok let forget about a feeling of and old friend who spent time alot with you and who afraid of losing her bestfren..time is the best remedy...

Now what i am suppose to do?..
proceed the trip on my own?

Sunday, 15 February 2015

DIA si Pemilik Cinta.


Aku masih ingat 1990 semasa hari graduasi Tabika Kemas,Pelbagai hadiah yang diperoleh,Milo,beras dsb,,
rupa-rupanya waktu itu adalah musim Pilihan raya..patutlah.

Itulah pilihan raya yang pertama yang aku ingat..dan tahun itu adalah tahun pertama PAS-APU memenangi Kelantan dari UMNO Baru dan sejak itu TGNA menjadi MB .Pelepasan jawatan selepas PRU13,betul membuat aku sebak...bagaimana keadaannye bila dia betul-betul pergi menghadap Allah Rabbul Jalal.

Dan 12 Feb 2015, menjawab segalanya....bukan aku sahaja yang bersedih...seluruh Malaysia... baik yang Islam dan bukan Islam..golongan pembenci menjadi sedikit..walaupun sudah 3 hari pemergiannya masih penuh di newsfeedperkongsian orang tentangnya ..
membaca perkongsian itu sudah mampu membuat diri berjuraian air mata...
Sungguhlah dia pencinta Allah dan kerana itu Allah meniggikan darjatnya.Kematiannya juga menjadi 1 dakwah dan contoh teladan akan apa itu sunnah Rasulullah s.a.w.
Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).
Allah itu pemilik Cinta..dia yang memasukkan rasa cinta dalam hati-hati manusia.
Apabila kita benar-benar mencintai Allah,Allah akan memasukkan cinta dalam hati manusia lain untuik mencintai kita... Ketika Yasmin Mogahed mengungkapkan kata ini di PICC semalam,hati terus teringat pada TGNA...patutlah, tanpa ragu-ragu puluhan ribu orang boleh bersegera pergi utk mengiringi jenazah nya..dari jauh,dari dekat....dan cerita-cerita kebaikannya terus tersebar meluas...  utk mengetahui hebat atau tidak seseorang itu,,lihatlah dia selepas kematiannya.....sungguh TGNA memang insan hebat..

Semoga dengan kematian ini,menghidupkan hati-hati yang mati atas dunia ini..
Untuk mati hebat..hiduplah dengan hebat sebagai hamba Allah s,w.t.

Bagi kita yang masih merintih pemergiannya , cukuplah!
Hiduplah sepertinya.Tahajjud,Al-Quran,amalkan segala sunnah dalam kehidupan,teguhlah dengan pendirian Islam walau di mana kita berada...bukan senang bukan mudah...itulah mujahadah utk meraih martabat di sisi Allah.Itulah lebih baik untuk TGNA yang telah pergi dari merintih dan bersedih atas pemergiannya.

Semoga Allah berikan Aku Kekuatan untuk bangun di sepertiga malam ketika subuh masih berkejaran dengan syuruk..Semoga Allah beri kekuatan untuk kita semua juga untuk berubah menjadi lebih baik.

Allahumma ameen.







Saturday, 17 January 2015

Misi Banjir Jan 2015

Turun sendiri ke medan bencana barulah saya mengerti kenapa banyaknya laporan mengatakan mereka tidak menerima bantuan dan ada setengah tempat berlebihan bantuan.
Dengan limit masa yang ada adalah agak sukar bagi sukarelawan yang bukan datang dari kawasan setempat untuk mengenal pasti kawasan penduduk terutama yang tinggal di kawasan lebih pedalaman.
Saya melihat longgokan longgokan pakaian yang didermakan ditepi jalan2 besar mungkin bantuan banyaknya bantuan dihantar di kawasan tersebut,tetapi di kawasan sedikit pedalaman, ada yang bertanya kalau2 ada T-shirt atau pakaian yang boleh dia jadikan persalinan untuk solat..mungkin bantuan agak sedikit sampai ke sana.
Untuk bantuan misi yang lebih baik ,pada pendapat saya satu pangkalan data yang melibatkan jantina ,peringkat umur dan keperluan istimewa (OKU etc ) penduduk perlu dibangunkan dan sentiasa dikemaskini dalam setiap mukim/kerajaan negeri supaya bantuan yang dihantar dapat memenuhi keperluan setiap penduduk terlibat bencana dan mengurangkan pembaziran.Ia juga memudahkan NGO dan pasukan2 sukarela berkolaborasi dalam pengumpulan dana dan bahan bantuan yang benar2 perlu.
Pengedaran bantuan pula mesti dilakukan sendiri oleh ketua-ketua mukim terlibat secara jujur dan telus.
Ia juga dapat mengurangkan penipuan , kerana ada yang mengambil bantuan berlebihan hingga menafikan hak orang lain yang lebih memerlukan.
Ada juga yang mengambil kesempatan mengisi semua nama saudara mara yang tidak terlibat bencana untuk mendapat lebih bantuan dari kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri.
Namun bagaimana perlaksanaannya?Ia sesuatu yang boleh dilakukan dan yang pasti ia tak semudah mencoret di FB.
Musibah yang diturunkan Allah s.w.t boleh dilihat dari pelbagai sudut,
Pada saya sebanyak mana harta ,kekuasan, dan apa sahaja yang kita miliki di atas dunia ini,ia hanya pinjaman belaka.Sekali Allah mahu menarik balik kepunyaan Nya,sesaat sahaja kita boleh hilang segalanya.Jadi,biarkanlah apa sahaja yang kita miliki hari ini hanya ditangan sahaja.Jangan sekali kita merasa bongkak dengan apa yang kita miliki di atas dunia ini.
Salam kasih dan sayang buat saudara yang ditimpa musibah.
Semoga terus sabar dan tabah dan kami doakan semoga Allah meringankan beban kalian dan menjadikan kesabaran kalian sebagai jalan meraih Syurga

Tuesday, 6 January 2015

2014 Baling ke Belakang

2014 tahun musibah buat negara tercinta.
Tahun ujian dari Dia Yang Maha Kuasa.

Kemarau Panjang membawa ke Catuan Air,
Misteri MH370 yang terus menjadi tanda tanya,
MH17 ditembak jatuh...
Hujan lebat,tanah runtuh..
Banjir besar di Pantai Timur..membawa impak seolah tsunami genap 10 tahun dulu..

Dalam siap siaga kita dalam keupayaan manusia,tidak akan mampu melawan ketentuan Allah s.w.t

Balik ke kampung pasca bah besar ini, dengan melewati kawasan yang teruk terjejas seperti Kuala Krai dan Gua Musang,memang terasa kerdilnya kita disisi Tuhan.Tidak terjangkau dek akal,dari mana datang air yang boleh menghapus bangunan 4 tingkat..
melihat rumah2 dan bangunan musnah di sepanjang jalan..hati tertanya apa yang Dia cuba berbicara dengan kita?
Sayu melihat anak2 kecil menunggu ditepi jalan,kalau2 ada bantuan untuk mereka...
Allah,Berat sungguh ujian Mu buat mereka...

Moga mereka diberi ketabahan dan kesabaran dan digantikan kehilangan mereka dengan yang lebih baik.
Dan Doa aku,mereka juga akan pulih emosi utk mencari jalan keluar dan tidak hanya mengharap bantuan dari misi  kemanusian...hidup perlu diteruskan...dan Allah selalu ada utk kamu dan utk kita semua...
 

Sunday, 28 December 2014

The nightmare

To me flood used to be a Water Festival..until...the biggest ever flood happening now.
When the flood started in Gua Musang then go down to Kuala Krai,the worst.
I start worrying about my family in my hometown.
I called them on 24th,it seems like they are still enjoying,shopping and checking other places water level condition.Starting on 25th the water in our area start rising..i received update from my sister every 2~3 hours.. there is no more direct water..no fresh water my..seriously it was getting worse...that evening they decided to move out to flood evacuation area in one of the school building ,but there is no more place to sit..
So many people evacuated at that places..this is the first time in history my family have to move out because of flood.

They decided to stay at my grandmother's house which is near to the school building.It was already night and there is no light.Electricity supply had been cut off.

On 26th morning,I received an SMS from my sister.Water level in grandmas house already reach knee level.
We have no more place to go...there is no reply after that.And my call had been left unanswered.
It put my Friday in nightmare.I cried a lot after I wake up and went to office but I totally lost my focus.
Late evening ,I received call from my sister.The water was static since that morning.It was a relief.

I think God is trying to say something to us.
He sent this kind of test.
Where you know this is beyond human capability.
The world become smaller,where is just few places that can be stayed.
Then you feel,THERE IS THE ONLY GOD THAT YOU SHOULD PUT THE TRUST IN.
Your prayer become live...

It is different with the day when you are not tested...you put both of your hand together,you recite the Dua but you did not feel what you are saying...

Probably that is the thing that Allah wants to tell us...
Everything is belongs to him..so Return to him as a slave of Allah s.w.t.

Sunday, 16 November 2014

何かここに書きたい

久しぶりにALをとった。
たった金曜日の一日だけど。。週末がだいぶ長く感じた。
金曜日にあるペースFOUNDATIONが日本卒の人がマレーシアと日本の違う、話したいから友達が出ようとお願いしたから出ました。マレーシアに何があったか本当にまじめに考えたことない。。何があればマレーシアが良くなるか。一度も考えたことない。
本当に自分が年だけとって、全然成長はしてない。
そうかな。。土曜日に、IPIJ AlumniのUsrahに久しぶりに出て、自分の得意ことか自分の好きなことから計画して、イスラムの成長やCommunityの力になろう、という結論をジミさんが言った。彼は私と同じ年だけど、人生の中、神様の前でも成功な人だと思う。

私って好きなことって何?得意なことって何?自分つら分からない。

もうすぐ31歳になるけど、私がなにが自慢できたか全然ない。今まで自分のことだけ考えてずっと生きていただもんね。

最低!

Saturday, 7 June 2014

ROAD TO KRABI 3

Day 2 at Krabi,

Day trip to 7 Island include halal lunch buffet at RM120/pax.
Agency:AndamanKrabi Travel & Tour

Keindahan ciptaan tuhan yang luar biasa hingga aku hampir saja menitiskan air mata.
Terlalu cantik...Subhanallah...subhanallah...
biar gambar-gambar ini menceritakan segalanya...walaupun tidak seindah melihat dgn mata sendiri








definately will go again..someday..
with Allah will...



Friday, 30 May 2014

ROAD TO KRABI 2

30/4
Sekitar Jam 715,Kami meninggalkan Taman Rapat Setia.
Hantar Parents Sha di Stesen Keretapi Ipoh,Breakfast Mee Kicap & Mee Kari di restoren Chinese Muslim.
Kemudian Cik Lijah meluncur meninggalkan bandar Ipoh.Setelah 2 kali berhenti di RNR,kami sampai di Bandar Changlun  sekitar jam 12.
Kenderaan kami perlahankan memandangkan di sini kami perlu membuat Insurance kereta.
Rupanya banyak tempat yang menawarkan service ini.Kami singgah di salah sebuah kedai yang bertulis Insurans Kereta Thailand
Document yang diperlukan cuma geran kereta ori dan passport.Charges utk insurance ni,as per below.

Masa kami tengah tunggu insurance kami disiapkan,staff kat situ tanya sama ada nak dia tolong isikan borang imigresen atau tak.
Actually,kami tatau ape yg dia tanya ,so kami ok kan aje...rupernya borang entry form.Just nama no Passport diperlukan..x pe la nak tolong isi..bagus juga..rupernye nothing free in this world.
Kami kena charge total RM24,Rm1 x 4 for each form.
So depends la,nk tulis sendiri pun boleh.

Dah beli insurance..isi minyak full tank di Bandar Changlun,kami menuju ke sempadan Bukit Kayu Hitam.
Memandangkan hari tu,bukan hari umum,so tidaklah sesak sangat.
dalam 30 minit,urusan imigresen ,kami dibenarkan pergi.

Misi seterusnya,mencari sim kad thai.
Memandagkan kami hanya ada peta,kami perlukan google maps utk kecemasan.
So,kami singgah di sebuah kedai di tepi jalan.Basically random je berhenti.2 sim kad kami beli satu utk aku n sha dan satu lagi utk zaki n amat.
Kami ambik utk 7 days ditambah dengan unlimited internet.
Rasanya dalam THB400 abis dekat situ.
Dekat sini la 1st time kami sedar,kami tak faham langsung bahasa thai.Walaupun muka Thai n Malay lebih kurang sama je,tapi bahasa,zenzen wakaranaai!.
Kami berurusan macam ayam dan itik.Dekat sejam jugak la dekat situ.

Perjalanan kami teruskan melalui Phet Kasem -Route 4.
Mengikut sign board  Pattalung->Trang->Huai Yot->Phuket/Krabi

Sesekali teragak2 juga jalannya,tapi Alhamdulillah..akhirnya kami berjumpa sign board krabi.
Kami berhenti solat jamak ta'khir di Masjid Huai Luk.Kebetulan baru habis solat asar disitu.
Jemaah tempatan baru turun dari Masjid.
Di sapa salam dari jemaah yang turun.
Semasa kami turun dari masjid,seorang pakcik cuba berkomunikasi dengan adik.
Bahasa siam.Hanya perkataan Malaysia yang dapat ditangkap.
Dengan bahasa isyarat,die mengajak kami makan.
Antara sebab kami memilih berkereta adalah supaya lebih dekat dgn orang tempatan,jadi kami memilih menerima pelawaan itu.

Kedai kopi di tepi masjid kami lawati.Rata2 disini adalah komuniti Islam.
Kami mengalami masalah bahasa lagi di sini.
Berwajah sama,berakidah sama cuma bahasa kita berbeza.
Hanya salam & senyuman mengikat kita saudara seislam.

Mujur ada adik2 yang pernah berurusan dgn orang siam,sama ada pekerja ayah atau akak kedai makan berhampiran rumah,kami berjaya juga order air.
Disebabkan dia hanya tahu..Cha yin(The ais),Cha o yin(Teh o ais) or Cha ren(Teh panas)..
Hanya air itu yang kami order.
Manis!!level potong kaki.
Menariknya,kuih2 di letak dalam satu talam.Berbagai jenis kuih.Dan yang paling penting aku jumpe Apollo!!..
Dah lama teringin.Kecil2 dulu Ma selalu masakkan untuk kami.

[Apollo;Pisang disalut pulut dibungkus daun pisang dan akhirnya dikukus..marvellous!]





 Photo;Masjid Huai Luk

Kami teruskan perjalanan menuju destinasi utama kami..Krabi!..
Yosh~sikit lagi.Dari Masjid ni..mengikut google maps ada 90 km lagi.

Akhirnya kami berjaya sampai!.Check in,check package yang hotel ada.
Kami ambil 1 island hopping package to Phi-Phi  Island(7 Islands) dan Elephant Trekking + ATV for the next day.Total package RM240/per person.



Check in and check activity for next day.


Tuesday, 6 May 2014

ROAD TO KRABI 1

Idea nak buat roadtrip ke Krabi ni adalah hasil dari pengaruh cerita Bikers Kental dan tak sangka betul-betul jadi realiti.
Kebetulan akhir Apr hingga Awal Mei,Kilang kami tutup seminggu untuk 'maintenance' katanya.
Regular activity la kot,sbb tiap2 thn ada cuti seminggu.
Merancang la macam nak buat kat sane..tapi...
Problem paling besar adalah sapa yang nak pergi sebenarnye?
Ding dong ding dong..sekejap nak pergi sekejap tanak..sekejap 2 kete..sekejap satu kete..
naik pening.
End up aku bagi dateline by 10th April,sapa yang nak pergi kena confirm sbb aku nak buat reservation utk accomodation kat sane.
So 10th tu baru la kami dapat confirmkan,4 orang sahaja.Aku,Shasha,Adik aku (Zaki & Amad).

Masalah seterusnya,adalah mana kami nak berkumpul memandangkan cuti start 26 dan kitorang hanya akan pergi 30hb dan kereta aku akan digunakan utk ke Krabi.Si Amad ada kelas di UIA dan zaki pula kerja di Kelantan.
Bagi memudahkan semua,kami decide untuk gather di rumah Shasha di Ipoh.Aku dan Zaki dr Kelantan,Amad naik train dari KL. Kami overnight satu malam di Ipoh.

Dari segi distance memang agak rugi,sebab kami menjauh dari End point..tapi takpelah,ada yang lebih penting disitu.





Anyway Cost Perjalanan:
26/4
Minyak:RM60 di Shell Karak Hiway(Gombak)
             RM50 Di Shell Kuala Krai
Toll:RM 8

30/4
Minyak:
RM64 di Shell Grik
Toll:RM3.50 (Kuala Kangsar-Ipoh)

Makan sponsored:D

Total:RM185.5

Yang bawah ni overall view perjalanan aku menghabiskan cuti terakhir sebelum betul2  mencecah 3 series.Kira hadiah birthday untuk diri sendiri la ni... :D
Lanjut aku akan kongsikan nanti.



Okey..sorry post ni baru Pre Trip to Krabi_:D