Wednesday 29 February 2012

Action Plan

Sambung sket yang aku tulis semalam tu...

Pelik kan kita,tak ramai yang ambik peduli tentang apa yang telah dikatakan oleh Al-Quran dan hadith..antara kita ramai yang sibuk sangat dengan dunia....(termasuklah aku...)...
sibuk dengan hiburan...hedonisme...
tak ambik peduli dengan apa yang jadi...

aku rasa dalam banyak2 orang dalam dunia....Yahudilah orang yang paling meyakini kebenaran Al-Quran dan hadith....
Napa aku cakap macam tu...
Contoh nya pasal pokok Gharghad

Dalam hadith ade mention
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)

Perang dalam hadith ni kata ustaz refer to Armagedon war...
Dan dekat Israel sana mereka giat dok tanam pokok ni merata,,bahkan disediakan dana semata2 utk tanam pokok ni je...

beza,mereka percaya..tp tanak ikut islam,seolah orang yang nak lawan takdir...
mcm cerita2 yang derang buat tu...2012...eg. sumenya stok nak lawan takdir...

tapi kalau tengok,
yang paling malang adalah orang Islam kita sendiri yang langsung tanak amek tahu psl agama..
memisahkan agama dari kehidupan...itulah sekular namanya...kita telah berjaya ditipu oleh agenda yahudi...

agama bukan semata ibadah,
agama bukan sahaja di masjid surau,

tapi dimana saja bumi dipijak,situ agama yang kita junjung..

hurmm...
risau bila tgk pemimpin negara kita dulu,yang aku sanjung cakap pasal Hudud...
Hudud tiada dalam Al-Quran,Rekaan ahli fiqh..
Makaih...aku ni bodo tu ade gak sket...
ayat pasal hudud bukan ayat mutasyabihatt...ayat berkias..yang aku tau...maksud die jelas dan terang...
Bak kata UAI,tak tau dok diam...x de sape tau kite BODO...
Soal Hukum Allah,bagilah yang ahli jawab....
Suprisingly,bile aku google,Al-Quran Hudud...banyak blog yang menulis pasal hudud in thier own understanding just by reciting and read the tafsir Al-Quran...and dari local Malaysia kita..bahaya betul lah!..

Eh,nape tulis pasal hudud,marah sangat kot psl tgk video and statement Dr M kat utube semalam..


maa..

by the way,
Action Plan towards Dajjal Coming...
1.Bacalah surah al-Kahfi setiap hari 10 terawal dan 10 terakhir..kalau boleh,hafal!...adeh..

2.Amalkan doa ini sebagai sambungan tahiyat akhir..
A
llahumma inni a'udzubika min 'adzabi jahanam, wamin 'adzabil qabri, wamin fitnatil mahya wal mamaati, wa min syarri fitnatil masihid-dajjal
Ya Allah, sungguh kami berlindung dari adzab neraka jahanam, adzab kubur, fitnah hidup dan mati, serta dari buruknya bencana Dajjal (HR Al-Jamaah, kecuali Bukhari dan .. )

3.Amalkan surah2 pilihan,Al-Mulk,Ar-Rahman,Al-Waqiah etc..


Wallahulallam....



Tuesday 28 February 2012

Kiamat sudah dekat....

Salam,

Just nak share seminar yang menarik yang aku join last Saturday.
Seminar ni organized by Badan Agama Islam Ofis aku....banyak benda yang aku baru tau..
Hurmm...korang mesti da tau sbenarnye..aku yang x bape rajin baca ni la yg 1st time..
bila da balik aritu,baru rajin skit nak search psl dajjal ,hadith n everything.
Kalau search "hadith" "dajjal"...mmg akan jumpe Rasullullah S.A.W..pernah cerita clear psl dajjal,kemunculan ,bila,bagaimana ...tinggal kita rajin ke tak nak baca..nak bertindak ke nak wat bodo....tepuk dada tanya iman....

Talk disampaikan oleh Ustaz Jamnul Azhar Mulkan

Apa yang aku nak share just a summary ape yang aku faham..
sape yang ade ilmu lebih/rasa salah tu..baik betulkan aku daripada ada orang lain yang baca dan adapt kesalahan aku sebagai kebenaran...opps..ugut lak.


Utk seminar kami tu,ustaz mulakan dengan 10 tanda besar kiamat..
tapi aku lupe la nak salin..so rasanya,yang ni ramai kawan2 FB share dah kot...nak tau carik sendiri..rasanya ade 20..tp yang aku salin 1 jer....Kebangkitan di Tanah Arab.
sebab yang tu mmg terasa..sangat tepat...bermula di mesir,di ikuti Syria(sekarang ni masih)....kemudian jordan lubnan,morocco algeria,Yemen,saudi dan negara2 teluk....

betulkan benda tu jadi sekarang?..

Dalam satu hadith muslim..
diceritakan tentang Tamim Ad-Dari seorang christian,belayar bersama 30 orang kemudian tetapi kapal mereka di landa ribut menyebabkan mereka berada di tengah lautan selama sebulan.kemudian mereka terdampar di sebuah pulau yang tak dikenali...disinilah mereka bertemu Jassasah(Spy/pengintip),lembaga berbulu yang menyuruh mereka berjumpa dengan dajjal.
Semasa berjumpa dajjal ..dajjal telah bertanya mereka 4 soalan...

“........Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

"Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya...............”


Sumber: http://hikmatun.wordpress.com/2008/02/10/kisah-tamim-ad-dari-berkenaan-dajjal/

Dalam hadith ni dinyatakan tentang "Sungai Tabarah"...sungai Tabarah ni sekarang ni known as Sea of Galillee yang menjadi sumber utama air penempatan haram Israel..
Mengikut explanation ustaz,tasik ni adalah seperti empangan semulajadi..menampung air dari bukit...kemudian mengalir ke sungai dan berakhir di laut Mati.

Mengikut laporan paper Israel pun,keadaan air kat tasik tu dah kritikal..
http://www.israeltoday.co.il/default.aspx?tabid=178&nid=18067

dan mengikut cerita dajjal tu,dia akan muncul bila tasik tu kering.

Meremang bulu roma bila ustaz cerita...mungkin tak sempat kita,mungkin anak kita,mungkin cucu kita....na'uzubillah.

Dajjal ni datang tak lama pun,40 hari...tapi 1st day die tu panjang nye mcm sthn,2nd day mcm sebulan,3rd day mcm seminggu,hari2 lain mcm hari2 biasa.....dalam masa 40 hari tu die akan menjelajah keseluruh dunia dan ceruk kampung,bahkan ceruk tok kun sekali pun,die akan masuk...hanya Madinah & Makkah je die tak masuk sbb dikawal oleh malaikat..
Datang nye dajjal ni,bawak 2 pilihan,syurga dan neraka ditangan nye..(Syurga neraka version dajjal)...sapa yang ikut die akan senangg..mintak sahaja apa die akan bagi...dan walaupun dajjal takkan paksa orang ikut die,die akan buat orang tu jadi ssh....bila masa tu dtg,hanya iman yang akan jadi penyelamat...ya Allah teguhkan hati kami dalam menghadapi fitnah dajjal...

bila dah 40 hari dajjal muncul,masa ni lah Nabi Isa akan diturunkan,hanya Nabi Isa sahaja yang akan dapat membunuh dajjal....

Nabi Isa ni akan memeluk Islam,kemudian akan melakukan road tour ke seluruh dunia berjumpa dengan orang Kristian untuk membetulkan salah faham mereka.DIa manusia biasa dan bukan anak tuhan.
Orang2 Kristian yang yakin akan memeluk Islam dan bergabung untuk melawan Yahudi.

Perang inilah yang dinamakan Armageddon...selepas amargedon,orang yahudi akan hidup melarat.....

Tahun2 selepas itulah,Islam akan menguasai dunia....sehinggalah Nabi Isa dan Imam Mahdi wafat

Selepas itu sedikit demi sedikit orang beriman akan di jemput Allah hinggalah kemunculan Yakjuj dan Makjuj,yang ditinggal semuanya orang kafir & munafiq.
Ketika inilah,Matahari akan diterbit dari barat dan pintu taubat terus ditutup.

Dan sangkakala pula ditiup.
Maka ketika itulah dunia ini akan berakhir,kembali pada penciptaNya.

Wallahualllam.

Tuesday 21 February 2012

Ayahanda

Rasa mahu menulis.
Tapi tatau nak tulis ape..

wiken lepas,balik kampung...
Ayahanda tak berapa sihat...
mula mula demam biasa..
tp dah 3,4 hari tak baik...pergi check darah..gula dah 17.
Aku pun sbenarnye tatau sangat psl gula2..ni..
tapi sumerg yang dengar..ckp tinggi...tinggi betul la...

rasa tak sedap hati jer...
ma cakap kwn2 ayah penuh rumah dtg melawat..
aku nak tepon ayah pun takut2..
sengal!..jarang borak ngn ayah..
slalu kalo ayah yg angkat tepon,mesti die terus pass kat ma..

wat last minute decision...balik juga kampung...off hari Jumaat...khamis gerak terus dari ofis amek adek2..kat KL n Gombak..aku lame tak berjaga malam...bdn masuk angin kepala sakit gile,muntah2...nasib ade kazen aku skali tolong drive...
last2 sampai rumah...kol 5 pg...bile laa nak siap highway sampai dpn umah ni...

Tgk ayah,mmg tak mcm selalu...badan pun dah susut sikit...
ayahanda ni,orang kerja petani...kalo bukan musim padi...byk keje lain dia buat...
nak bagi kami sekeluarga makan...
tgk ayah yang duduk je,kadang2 tido tak bermaya..mmg menyayat hati..mgkn sbb jarang sangat tgk die cmtu kot...
Ape la sangat yang mampu aku buat..,,,duk jum sabtu kat umah..ape sgtla yang blh dibantu..
sekadar bagi air suam,bile minta..tlg msak...

tu je la yang mampu....maafkanlah anak mu ini...mmg tak pandai sangat bab

take care org ni..
Mlm tu pula,akak aku sekeluarga dari Kedah pun sampai...bertambahlah meriah...Al maklumlah ...ade budak2 kecik....

mgkn sebab tu,ayah pun nmpk semangat sikit...

Teringat-teringat zaman kecik dulu,ayah hantar kami adik2 ke sekolah,motosikal ayah ade tempat letak tong ikan kat belakang...ayah meniaga ikan bila tak boleh/tak perlu ke sawah.
jadi seat motor tu panjang la sikit....kami boleh naik motor berempat.3 kat belakang..sorang dalam bakul...yer bahaya, tp leklaa kami sume dah besar panjang dah pun..good old days.

Tak sangka usia ayah makin lanjut...cuma aku pohon ayah dikurniakan kesihatan yang baik.

Monday 13 February 2012

Baru..

Sejak masuk rumah baru ni..
banyak benda yang aku cuba ubah..
ubah diri jadi lebih organize sket..
haha...konon..!
Dah tue kot tahun ni..
sket lagi jer nak cecah angka 3 kat depan..

tapi apelaa sangat ada pada angka kan??
hehe..orang tak sedar diri..

erm..kalo prasan ade 2,3 entri yang duk tulih post,pastu delete..
sengal tak sengal..

disebabkan pembaca tegar silentmode ni menyampah baca entri tu..

oh ye la,
pembaca tegar tu..
mmg tegar giler...sbb die org yang tulih blog ni..
haha...sendri tulih sendri baca,,sendri menyampah..so bek delete sebelum ade org ke 3,
ke 4..ke 5 dan keberapa pun yang ikut skali menyampahh dengan aku kan..

huhu..
ok2..

saje je nak tulih jugak..
ni baru jek balik baito...dah kol 1130 tapi duk pakai uniform keje pagi tadi lagi ni..haishh...

Takut nak lelap mata la...
teringat kena kejut smlm....mcm ade benda digoncang tepi telinga lak..
Rasanya tido dah basuh kaki sume,tapi tu la..malaikat kejut bangun tahajjud kot..

..erm...
beklah...
terimalah video yang menyebabkan airmata aku tumpah setelah sekian lame tak nangis beria...



Sekian...Assalamualaikummm.